*** hmm kali ini seperti biasa pelajar SKW320 Falsafah Penyelidikan Sains Sosial diberi tugasan untuk memberikan komen kepada "Pandangan anda tentang Patriotisme?" dari xnuripilot.blogspot.com...dan seperti biasa aku akan menurunkan komen aku di page sana...dan seperti biasa juga aku akan menghadapi masalah semasa nak publish komen..hmmm dugaan..maybe ade hikmah disebaliknye... di bawah ini aku sertakan komen aku yang xseberapa dan beberapa pandangan dari page lain dan keratan akhbar...yang aku satukan menjadi satu esei.. di mana sebagai bukti aku tidak menciplak idea orang...(^_^)
Patriotisme???Pada pendapat saya patriotisme ini terlalu subjektif..sukar untuk kita mengukur bahawa seseorang itu patriotik ataupun tidak kerana maksud dan pengertiannya terlalu luas.Bagi saya, patriotisme ini merupakan semangat sayang dan cinta akan negara.semangat ini perlu dipupuk oleh semua golongan peringkat tidak kira tua ataupun muda.Namun ia bukan boleh diukur secara fizikal semata-mata.
Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air. (Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Saifuddin Abdullah dalam artikel Perspektif: Pendidikan seiring patriotisme pula menjelaskan bahawa makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi, fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Jelasnya lagi, perkataan ‘patriotisme’ berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ yang bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ yang bermakna tanah air atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan kepada tanah air. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh perkataan wataniah.( http://www.belia.org.my)
Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu (http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme)
Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) pernah menjelaskan bahawa pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda amat perlu bagi menghadapi ancaman budaya luar.Sebagai pewaris negara ini, generasi muda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi serta semangat patriotisme yang kukuh dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Pada alaf baru ini, amat merunsingkan kerana terdapat unsur-unsur tekanan daripada yang kuat terhadap yang lemah.Sehubungan itu, generasi muda perlu mempunyai semangat cinta kasih yang kekal dan kental kepada negara selain bersemangat setia pada negara.Semangat patriotisme juga meliputi semangat kekitaan dan rasa berbangga menjadi rakyat Malysia.
Menurut beliau lagi, semangat patriotisme amat penting untuk membangunkan negara supaya menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk dalam kalangan generasi muda, negara tidak akan dapat dipertahankan dari serangan budaya luar.Konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan pada alaf baru ini boleh menghakis identiti bangsa dan negara ini.Generasi muda harus sedar mengenai kesan negatif globalisasi dan tidak terus menerimanya secara bulat-bulat.Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk menangani daripada segala ancaman yang datang termasuk melalui teknologi maklumat (IT) melainkan dengan memupuk semangat patriotisme. (http://www.utusan.com.my).
Kesimpulannya kita sebagai generasi pelapis perlulah kental dan tegar dengan semangat ini agar terus sebati dan tidak tenggelam dek arus kemodenan dan peralihan zaman. semangat cintakan dan sayangkan negara ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar kita mempunyai perasaan cintakan negara dan mengelakkan perasaan tersebut lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka.
Nama: suzana binti zamli
No. matrik : 95154
No comments:
Post a Comment