Saturday, September 5, 2009

MAK......MAAFKAN KAMI!!!

SALAM....

FIRST TIME AKU TERJUMPA ARTIKEL INI TERDETIK SATU PERASAAN DAN PERTANYAAN..ADAKAH AKU AKAN MENJADI ANAK SEPERTI DALAM ARTIKEL INI??AKU BERMUHASABAH MENCARI KEKUATAN DIRI DAN MENGKAJI DIRI AKU SENDIRI DAN ADAKAH AKU SEBEGITU RUPA??NAMUN AKU YAKIN AKU DAPAT MENYAYANGI DAN MENGHORMATI IBU AKU LEBIH DARIPADA SEGALA-GALANYA.INSYAALLAH..


* KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.


* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU. JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

P/S: KEPADA SETIAP ANAK DI DUNIA INI HARGAILAH KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN SEORANG IBU KERANA APA YANG TELAH DIBERIKANNYA TIDAK DAPAT DIBALAS DENGAN KATA-KATA DAN WANG RINGGIT..KERANA AKU TELAH MERASAKAN BETAPA KUATNYA KASIH SAYANG SEORANG IBU TERHADAP KAMI ADIK BERADIK....SEMASA AKU BERSEKOLAH DARJAH ENAM..AYAH AKU TELAH DITIMPA KEMALANGAN DITEMPAT KERJA..HAMPIR SETENGAH TAHUN AYAH AKU BERADA DIRUMAH..SIAPA YANG MENCARI REZEKI UNTUK KAMI SEKELUARGA SEPANJANG AYAH TIDAK DAPAT BEKERJA..?KALAU TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN EMAK... EMAK TERPAKSA MENOREH GETAH UNTUK KAMI SEKELUARGA...BUKAN TIDAK BOLEH EMAK HENDAK BEKERJA DIBANDAR...TETAPI SIAPA MAHU MENJAGA AYAH?MEMASAK?MENGEMAS? MENJAGA ADIK?MENGAMBIL KAMI DISEKOLAH? TERLALU BANYAK PENGORBANAN EMAK PADA MASA ITU...TAPI MAK SANGGUP LAKUKAN SEMUA ITU TANPA ADA KELUHAN ATAUPUN RUNGUTAN...TIDUR EMAK TIDAK TERJAGA..REHAT EMAK ENTAH KEMANA...AKU TAHU MAK TAKUT UNTUK MENGAMBIL DAN MENGHANTAR AKU KE KELAS MALAM..MAKLUMLAK UPSR DAH DEKAT..TAPI MAK TETAP MEMBERANIKAN DIRI MENGAMBIL AKU..YANG AKU TERHARU LAGI MAK MEMBAWA SEBILAH PISAU BERSAMA..KATA MAK, MAK SNGGUP MELAWAN KALAU-KALAU ADA ORANG MENGHALANG KAMI DITENGAH JALAN...MAK ANA X SANGGUP LAGI MENCERITAKAN SEMUA PENGORBANAN MAK..TERLALU BANYAK DAN TERLALU BESAR...TAMBAHAN PULA PADA MASA ITU EMAK MENGANDUNG..KERANA TERLALU KUAT DAN BANYAK BEKERJA KANDUNGAN EMAK MENINGGAL DI DALAM PERUT..HANYA MENUNGGU 2-3 HARI DILAHIRKAN.. TETAPI BAYI ITU LEBIH DISAYANGI OLEH MAHA PENCIPTA..AKU MELIHAT TITIS-TITIS AIRMATA MAK..SEMINGGU EMAK TIDAK MAKAN..WALAUPUN KETIKA ITU AKU MASIH TIDAK MENGERTI TETAPI AKU DAPAT RASAKAN YANG MAK REDHA DAN PASRAH DEMI AYAH DAN KAMI ANAK2NYA...SEJAK ITU AKU LEBIH MENGERTI DAN MENYAYANGI IBU SERTA AYAHKU...TERLALU KUAT KASIH SAYANGMU....EMAK AYAH..ANA XKAN SIA-SIAKAN SEMUA HARAPAN MAK AYAH...I LOVE U SO MUCH...




No comments: