Saturday, October 3, 2009

PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Semasaberdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.


Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.Tegangkan PayudaraAmalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.


Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

AIR KOSONG JER???(^_^)

Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. Especially aku..aku agak susah cikit untuk minum ape2 jenis air..hehehe..8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda.Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :-
  • Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
  • Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
  • Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
  • Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.

Kenapa Anda Perlu Minum Air? Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.Air juga penting sebagai agen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.

Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

Berapa banyak yang seharusnya kita minum?Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.

Air dalam makanan kita

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Justeru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Melancarkan sistem penghadaman

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

Membantu menurunkan berat badan

Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.

Bebas dari penyakit batu karang

Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.

WARKAH BUAT TUNANGKU...



ASSALAMUALAIKUM……..

Buat insan yang amat ana cintai.Ana tahu maybe kedatangan surat ini akan memberi implikasi pada abang tp percayalah apa yang ana coretkan di sini adalah daripada luahan hati ana.Apa yang ana coretkan di sini semuanya jujur dan ikhlas yang lahir dari hati sanubari ana.Ana tidak pandai untuk menuturkan secara lisan almaklumlah seperti yang abang tahu ana memang seorang pemalu berbanding dengan adik-beradik ana yang lain. Tambahan pula kalu nak bertutur dengan satu-satunya orang yang ana cintai.Semua perasaan bercampur baur.Malu nak luahkan,takut,segan,berat hati,senang kata semua adalah.Tp atas tanda cinta ana pada abang dapat juga ana ucapkan “I love you” dan “I miss you” secara lisan walaupun bukan face to face.


First sekali,hati ini tiba2 rasa sesuatu yang tidak kena.Pandangan abang,mesej dan layanan abang pada ana lain macam.Tiba2 datanglah satu idea gila untuk mengcungkil segala apa yang tersirat di hati MOHD ASRUL MOHD SAMSIR.Walaupun ana tak pernah tahu macamana rasa diri dicintai,ana tetap mahu mengcungkil rahsia ht insan ini.Dengan satu keping mesej ana dapat apa yang ana nak selama ini iaitu apa maknanya pandangan abang pada ana selama ini.Satu keping mesej april fool telah mengubah segala2nya.Kebencian seorang remaja perempuan pada masa itu pada golongan lelaki telah pudar buat selama2nya.Hadirnya seorang lelaki pada masa itu telah mengubah segala2nya.Walaupun pada mula2nya hanya sekadar main2 tapi telah menyuntik satu perasaan aneh yang begitu suci malah satu perasaan yang indah yang tidak pernah didapati daripada cinta mana2 lelaki.

Walaupun pada mulanya abang tidak mahu menyatakan semua itu,tapi taktik yang ana gunakan dapat melenturkan keegoaan abang.Sebenarnya ana tahu abang seorang yang berhati lembut sebab tuelah abang mudah mengaku yang abang sebenarnya menyimpan satu perasaan yang suci terhadap ana.Pelikkan permulaan cinta kita…ya,tak dapat dinafikan kita merupakan sepupu yang mempunyai hubungan persaudaraan yang amat rapat.Tp salahkah jika kita mencintai satu sama lain..?Ana xprnh bygkan yg ana akan mencintai sepupu ana sendiri..Walaupun ana thu impak yg akan berlaku tp..ntahlah mungkin semua nie dah takdir dan jodoh kita..kan sayang?

Untuk pengetahuan abang, pada permulaan cinta kita mcm2 yg ana lalui..ana dipinggirkan oleh kakak dan adik ana sendiri,emak tidak merestui kita,malam2 ht ana sayu..hr2 ana berendam airmata..ht ana pedih,ana xprnh minta hubungan sebegini.Ana xprnh minta mempunyai perasaan cinta akan sepupu sendiri..tp ana redha semua nie adalah ujian tuk ana..hmmm..abang thukan ana jenis macamana? Ana nie suka bt tindakan melulu..ntah mcmana satu hr tue ana dah xthn sgt dgn khdpn kte, ana mintak pts dgn abang.Ana thu risiko yg akan ana hadapi..tp fkrn ana dah xblh nk detect sume tue..anapun mintaklah putus ngan abg..ana bkn nk sume tue tp abg thukan mcmana ana kna hadapi sume nie?keesokannya..ana dpt thu abang lari dari rmh…hmmm..abang lebih truk dr ana..bkn ana jer ska bt tindakan bdh tp abgpun smakan?abg lri dr rmh smata2 krn ana mntk pts…ana rs bersalah dgn sume nie tau..tmbhn tok wan yg brithu kt ana abang lri dr rmh..lglah menggunung perasaan bersalah tue..ana bkn nk sume nie..ana terpaksa syg…ya…walaupun ana thu ana trime abg pd mlanya krn ana tgh tension xdpt ambik ujian medsi..nmun lma kelamaan ana dpt trime abg dgn stu perasaan iaitu perasaan sayang dn cinta bt insan yg bernama lelaki.Tanpa berfikir pnjg atas nsht su nor, ana terima abg blik..ana xthu..ana pening…

Nmun slps semua tue orang dah dpt trime hubungan kita tp……hr xsmstinya cerah selalu..orang xkan senang tengok insan lain mengecapi kebahagiaan..cerita kte coupl e dah tersebar..ramai dah tahu…ana xksh sgt pasal nie..tp ana kesian kt mak dan ayah..orang nk kta xprnh nk fkr perasaan orang lain..duk kta sesuka ht jer..mak slalu nsht kt ana..ana, ingt ana dgn sero tue sepupu..ana thu sume tue tp ana dah smkn syg kt abg..
Satu jer harapan ana dlm hubungan kite iaitu ana hrp kte berdua bkn sepupu.hanya satu tue jer..ana dah t’lalu sygkan abang,abang terlalu baik bt ana.Iya wpun org lain kta ana bljr tinggi nape xcri lelaki yg keje besar,ada hrta, ada pendidikan..tp bg ana baik ht budi lg pntg dr sume tue..ana yakin yg ana akan bhgia dgn abg wpun abg sederhana..bg ana sederhana lbh baik drpd lbh dn krg..dan hingga ke hr nie ana bhgia dgn abg..abg pndai ambik ht ana wpun kdg2 abg ska bt ana skt ht.hmm..abg terlalu baik bg ana…..abg terlalu banyak berkorban tuk ana dan terlalu byk budi abg pd kluarge ana. Ana xkan luperkan sume tue…SAYANG, ANA CINTAKAN ABANG SETULUS HATI ANA…I LOVE U SO MUCH SAYANG.MOGA CINTA KITA DIRESTUI DAN DIBERKATI…AMIN….

- KETULUSAN HATI -

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingka
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkn kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
x mengenal puitis
hanya tulusnya hati mencintaimu
tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
hanya untuk dirimu sering ragu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia utk selamanya
Apa yg kurasakan ini
Persembahan utk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu




AKU SEDIH DENGAN SIKAPMU...


semoga persahabatan kita semua mewangi seperti ros dan membara semerah warnanya...dan bukan hanya persahabatan di bibir dan kuberharap biarlah persahabatan kita jauh di sudut jiwa kita...
Nielah sahabatku dari aku xkenal dunia...sekarang dan hingga ke akhir hayatku...josh, dayah n syuhada..sahabat yang telah bersama aku dulu, kini dan selamanya...moga persahabatan kita mendapat keberkatanNya...Amin...(^_^)

FRIENDSHIP FOREVER N EVER....kaulah segala2nya bagiku.... mal,zana,jiejah,emi,ecah, siah n sue...sahabat sejati bukan setakat dihati...

i enjoy with u..hope u all can make me proud with u....thanks frenz...i luv u all..

zana,mal,za n sue....suka dukaku bersamamu..mengutuhkan lagi persahabatan kita...

Hari ini sekali lagi aku mengalami kekecewaan dengan orang yang selama ini aku menganggapnya sahabat..sahabat…aku sendiri seakan-akan keliru dengan perkataan “sahabat”.apa yang aku tahu sahabat tue lebih tinggi darjatnya daripada seorang “kawan”. Sahabat adalah teman yang bersama –sama aku ketika aku berduka dan ketika aku bergembira.. dan Bagi aku semua orang adalah kawan aku. Tapi hanya orang2 tertentu jer yang merupakan sahabat aku…sahabat hingga akhir hayatku…kerana sukar untuk aku menganggap seseorang sahabat tetapi apabila aku sudah menganggapnya seorang sahabat, aku akan begitu kecewa dengan tingkah lakunya yang kadang-kadang keliru dengan dirinya sendiri..aku bukan mengongkong, aku bukan busybody tapi apa yang sahabat aku lalui aku turut merasainya…kegembiraan dan kesedihan seorang sahabat akan turut mmpengaruhi aku..dan kerana itulah aku terlalu kecewa apabila seorang sahabat membuatku sebegini rupa…aku bukan tunggul kayu…dan aku bukannya ic (kad pengenalan). Kenapa aku mengatakan ic???hmmm bagi aku ic tue orang akan gna dan bwk bila dia merasakan dia perlukan ic..dan bila rsa xperlu dia ditinggalkan dirumah atau di ceruk mana-mana…padahal kalu kita tahu apa itu kepentingan ic yang sebenar-benarnya kita akan selalu bawak kemana-mana kita pergi..kita akan menganggapnya adalah sebahagian daripada hidup kita..hilang ic maknanya hilang sebahagian daripada pengenalan diri kita….koyaknya ic susahlah hidup kita begitu juga dengan sahabatsahabat adalah segala2nya selepas kedua ibu bapa dan keluarga kita…aku tidak perlukan seorang sahabat yang hanya menggunakan sahabatnya..aku perlukan seorang sahabat yang boleh bersama-sama aku ketika aku susah dan aku senang dan aku bukan boneka yang sama seperti ic diri kita…aku xkan bertopengkan kebodohan aku lagi…aku hanya perlukan seorang sahabat yang betul2 sahabat.dan bukannya sahabat yang tahu menggunakan aku dan mengambil peluang daripada kebodohan aku…

Friday, October 2, 2009

DALAM BILIK DIALAH RAJA DALAM KELAS DIALAH ????


Ha, nielah tabiat kita sejak turun temurun nie…hehehe..dalam bilik atau kat luar kitalah raja…potpetpotpet bercakap xde yang kalah tapi di dalam kelas time presentation membisu seribu bahasa..orang buat semua x btul semua x puas hati..eh hallllooo ap yang kita buat tue betul ke???

p/s: sebelum berkata-kata tepuklah dada tanya selera…

Wednesday, September 30, 2009

MAKAN VS TOP UP???

Ada dalam kalangan kita sanggup jimat makan nasi tapi top up x prnh nk jmatpun..huhu. aku kdg2 poning tgk segelintir golongan ini yang seakan-akan keliru antara keperluan diri sendiri ngan pasangan masing-masing…bila time makan save budget..makan ikut keperluan jer..tp bila bergayut xprnh ikt keperluanpun..shinggakan tdo ibarat kelawar dan tugasan ntah kemana..

Renung2kanlah (^_^)

Kita sanggup:
·Menghabiskan nilai top up untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa kita

·Menunggu berjam-jam dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang kita ‘cintai’ melintas jalan sedangkan kita solat secara ekspress atau tidak solat langsung.

·X tdo malam brbual telefon sedangkan bila ada tugasan dan peperiksaan kita merungut

·Memarahi bahkan sanggup menampar adik atau kawan yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita atau lelaki yang diminati

·Lawan cakap family tapi bila dengan teman lelaki atau wanita ibarat pijak semut tak mati.

·membaca novel cinta yang beratUs-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al Quran walaupun satu muka surat setahun

·Terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenangpun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak kita temui

·Susah hati tidak menerima surat, email atau sms daripada orang yang kita cintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi sms kepada bapa kita di kampung

·Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai pakaian xcukup inci ketika bersolat

·Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE U berbanding kalimah zikir

p/s : hrp2 aku xjd mcm nie yerk...kwang3x..

Tuesday, September 29, 2009