Showing posts with label ASGMNT. Show all posts
Showing posts with label ASGMNT. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

CSR....CSR...CSR...




Hmmm..mataku rs mcm nk t'ttp jer tp xleh nk ttp jgk coz otak aku nie x henti2 thinking psal CSR...Ap CSR tue???akupun poning jgk...aku sndripun krg ngerti...yg aku thu CSR nie mrupakan asgmnt aku yg tbaru.. huhuhu.. kami kena kaji isu CSR...ish..ish..ish...nie mrupakn final project akulah... hehehe..kajian penyelidikan falsafah...2009-10 / SKW320.. kwang..kwang... kwang.di mana CSR - corporate social responsibility / tanggungjawab sosial korporat....di mana kami dikehendaki mengkaji isu CSR yang berkaitan dengan syarikat..apa yg aku nk kaji yer??? kebaikan or keburukan???hmmm..aku nk kaji yg baik2 jerlah...selamat cket..huhuhu..tp ap yg baek2 yg aku nk kaji tue??maybe permasalahan berkaitan tempat kerja @permaslhan berkaitan alm persekitran @permslhn tgungjawab berkaitan produk / perkhidmtn or permslhn berkaitan komuniti atau kerajaan..hmmm..hehehe yg tue kna bncg dlm group..tpi..nape sume org bt xthu jer..aku dah cuak tp yg lain2 relax jer....50% tue..kan snang klu sume asgmnt just do individual jer..xyah tgu sume org free..xyah tension2 pk psal org lain....Ya ALLAH bntulah aku...relax2..tnang2 jgn tension2222..maybe dorang duk cuak jgk tp saje jer tnjk relax kot... think positive SUZANA...chaiyoook!chaiyooookkk..!u can do it....hmmm relax cket da....

Thursday, September 3, 2009

APA YANG MENARIK DALAM ASGMNT AKU NIE???







kli nie aku nak cter psl asgmnt aku ms dlu2..ape yg best psl asgmnt nie yerlah asgmnt nie so adventure tau..tajuk asgmnt aku nie ialah HOTEL DALAM LAUT..mcm best jer..huhuuhu....
ABSTRAK
Hotel dalam laut merupakan satu perubahan baru dalam sektor pelancongan Malaysia. Oleh yang demikian, projek hotel dalam laut ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara selain daripada menaikkan imej negara. Keunikan hotel dalam laut ini akan dapat menarik perhatian pelancong terutama pelancong asing untuk melawat Malaysia dan seterusnya menjana pendapatan negara ini. Menerusi projek hotel dalam laut ini, para pelancong tempatan mahupun luar negara dapat menikmati pemandangan di dasar laut yang dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. Projek ini menelan perbelanjaan sebanyak RM 1.8 bilion. Hotel ini mempunyai 220 buah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan suasana mewah dan eksklusif. Hotel ini menampilkan kemewahan dan nilai-nilai eksotik yang tidak terbatas. ,unik dan kontemporari. Selain itu juga, setiap rekaan dan hiasan bilik mempunyai konsep mewah Selain itu juga,lokasi hotel dalam laut ini berdekatan dengan Pulau Redang. Hal ini juga dapat memperkenalkan pulau yang tercantik di kawasan pantai timur ini kepada dunia. Jangka masa projek ini dilaksanakan adalah selama sepuluh tahun.

PENGENALAN
Projek pembinaan hotel dalam laut merupakan satu projek unik yang telah dipersetujui oleh ahli kumpulan kami. Bagi kami, pembinaan hotel ini akan memberi kelainan kepada pembinaan hotel yang sedia ada yang terdapat di Malaysia. Kelainan yang akan ditonjolkan ini akan menarik lebih ramai pelanggan dengan menampilkan kemewahan dan nilai-nilai eksotik yang tidak terbatas. Hotel ini dirancang kira-kira 20 meter dalam laut dan bersambung ke pesisiran pantai melalui jambatan laluan pelancong yang mempunyai tangga bergerak dengan tekanan di dalamnya sama seperti di darat ataupun pelanggan boleh menaiki bot yang disediakan. Hotel ini sebahagiaannya terapung di atas air dan biliknya adalah di dasar laut di mana pelanggan boleh menyaksikan sendiri pemandangan dasar laut atau terumbu karang secara terus melalui dinding akrilik lutcahaya. Misi pembinaan hotel ini adalah untuk membawa perubahan kepada sektor perhotelan di Malaysia agar menjadi sektor yang bertaraf antarabangsa, dinamik dan menjamin pendapatan negara yang mapan atau berkekalan.Bagi pembinaan hotel ini kami telah memilih lokasi Pulau Redang sebagai lokasi pembinaan. Hal ini kerana, kemasukan pelancong ke Pulau Redang meningkat dari saban tahun ke tahun.Selain itu juga, Pulau Redang dipilih kerana merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang di negeri Terengganu, Malaysia, serta merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Justeru, pembinaan hotel ini adalah untuk menarik lebih ramai pelancong melihat sendiri habitat pemuliharaan penyu agar kita lebih menghargai spesies tersebut daripada dimusnahkan. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di tempat tersebut pada permulaan Perang Dunia 11

1.0 PERNYATAAN MASALAH (KEPENTINGAN PROJEK)
Masalah terhadap para pelancong.
1) Pelancong bosan dengan suasana hotel yang hampir sama.
Banyak hotel di Malaysia menampilkan ciri yang hampir sama seperti hotel di persisiran pantai atau hotel mewah di tengah ibu kota menyebabkan pelancong berasa jemu dengan ciri dan konsep ini.Pelancong tempatan khususnya, inginkan satu kelainan baru dalam sektor perlancongan Malaysia yang mampu menjadi satu imej kebanggaan dan tarikan perlancongan negara yang unik untuk dikunjungi oleh setiap lapisan masyarakat negara ini yang bukan sahaja menonjolkan ciri hotel yang mewah malah unik, menarik dan menyeronokkan.

2) Pelancong terpaksa membelanjakan kos yang tinggi.
Sektor perlancongan di Malaysia yang tidak menarik menyebabkan ramai rakyat tempatan yang memilih lokasi di luar negara untuk percutian mereka.Oleh itu, kos untuk peruntukan bagi percutian menjadi semakin tinggi kerana perlu menanggung kos untuk penerbangan,penginapan, makanan,pengangkutan di luar negara dan lain-lain disebabkan nilai mata wang luar negara yang lebih tinggi berbanding nilai mata wang Malaysia .

3) Ancaman Keselamatan.
Pelancong tempatan mungkin menghadapi ancaman keselamatan apabila berada di luar negara kerana terdapat perbezaan budaya dan kepercayaan yang mungkin membahayakan pelancong tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi kelainan dalam sektor perhotelan dan pelancongan negara khususnya kepada pelancong tempatan dan rakyat Malaysia amnya.
Selain itu, projek yang akan dibangunkan ini juga akan menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia selain Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Hal ini kerana, jumlahnya terlalu sedikit berbanding hotel biasa dan boleh dibilang dengan jari sahaja. Sebagai contoh, hanya terdapat sebuah hotel dalam laut yang telah berjaya dibangunkan di dunia ini iaitu Hotel bertempat di Dubai dan banyak perancangan hotel dalam laut yang masih tergendala seperti Hotel Hydropolis dan Hotel Poseidon.

Objektif seterusnya ialah untuk menarik kemasukan pelancong asing ke dalam negara di samping meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila pelancong asing masuk ke dalam negara ini, aliran masuk wang asing akan bertambah. Hal ini kerana , mereka akan membelanjakan wang mereka untuk menginap di hotel dan kegunaan mereka sepanjang berada di Malaysia seperti membeli belah, belanja penerbangan dan sebagainya. Secara tidak langsung, aliran masuk wang asing ke negara kita bertambah seterusnya pendapatan negara akan meningkat.

3.0 PROJEK DISEDIAKAN UNTUK SIAPA?

Projek hotel dalam laut ini disediakan khususnya kepada pelancong samada pelancong tempatan ataupun pelancong dari luar negara.Apatah lagi, projek hotel dalam laut ini merupakan suatu ciri yang unik dan belum begitu komersial, pasti akan menjadi tarikan kepada pelancong yang inginkan kelainan dalam perlancongan yang bercorak lebih eksklusif dan bertaraf sepuluh bintang.Lokasi ini juga dapat menjanjikan ketenangan jiwa dan sangat sesuai bagi pelancong yang ingin lari daripada kesibukan kota dan merealisasikan segala ketenangan di dasar laut.Selain itu,projek ini juga akan menjadi tarikan kepada pencinta hidupan laut yang ingin melihat hidupan akuatik ini dengan lebih dekat .Mereka boleh menyelam sambil melihat keindahan hidupan laut seperti terumbu karang serta ikan-ikan eksotik seperti ikan-ikan tropika, ikan nemo, ikan kerapu harimau, todak dan lain-lain.Malah, projek hotel dalam laut ini juga sangat sesuai untuk para penyelidik bagi mengkaji hidupan laut dengan lebih mendalam seperti menyelidik kepentingan hidupan akuatik ini untuk tujuan seperti perubatan,kosmetik ,bahan makanan dan lain-lain yang belum diketahui.

4.0 FAEDAH PROJEK

Projek ini akan memberi faedah kepada semua pihak dan ianya boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu boleh dinilai (tangible), tidak boleh dinilai (intangible), langsung (direct) dan tidak langsung (indirect). Namun begitu terdapat faedah utama (primer) dalam projek ini iaitu dapat menaikkan imej negara bagi menjana pendapatan negara agar Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembangunan dalam sektor pelancongan dunia. Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil namun saiz negara bukan penghalang untuk negara kita bersaing dengan negara maju yang lain.

4.1 Boleh dinilai (tangible)
Projek hotel dalam Laut ini akan menampung kekurangan bilangan hotel yang berkualiti di Malaysia. Sememangnya di negara kita telah banyak hotel yang telah dibina, namun hotel-hotel yang sedia ada ini tidak menarik minat pelanggan untuk menginap di sana di samping hotel tersebut belum lagi mencapai status hotel yang bertaraf antarabangsa. Hotel-hotel di negara kita kini hanya dibina sebagai memenuhi keperluan namun kualiti tidak dititikberatkan. Kuantiti hotel di negara kita memang banyak, namun kualitinya adalah rendah. Kita mempunyai hotel yang bertaraf lima bintang dan sememangnya, pelanggan yang ingin menginap di hotel ini perlu membayar dengan kadar yang tinggi, namun kadar bayaran yang dikenakan adalah tidak setimpal dengan kemudahan perkhidmatan yang disediakan. Sehubungan dengan itu, melalui pembinaan hotel dalam laut ini, kita dapat mewujudkan sebuah hotel yang bertaraf antarabangsa di Malaysia setaraf dengan hotel yang bertaraf antarabangsa lain sebagai contohnya Hotel Atlantis di Dubai.Selain itu, dengan pembinaan hotel dalam laut ini, pelancong tempatan dapat mengurangkan kos untuk melancong. Jika sebelum ini mereka akan memilih untuk ke luar negara bagi tujuan melancong, sekarang mereka boleh ke Pulau Redang untuk menikmati panorama yang menarik dan menginap di Hotel Dalam Laut yang akan membuatkan pelancong selesa dengan pelbagai kemudahan dan keunikan yang disediakan. Mereka tidak perlu lagi mengeluarkan duit yang banyak untuk ke negara lain kerana sektor pelancongan di negara kita juga telah setaraf dengan dengan negara lain seperti Itali, Perancis dan Romania.

4.2 Tidak boleh dinilai ( intangible )
Melalui projek Hotel Dalam Laut ini para pelancong sama ada tempatan atau luar negara akan merasa lebih selamat melancong di negara kita berbanding di negara lain. Rasa selamat ini adalah termasuk selamat dari bencana alam dan juga pergolakan politik yang akan mengancam keselamatan pelancong. Sebagai contohnya di negara Thailand, negara tersebut mempunyai destinasi pelancongan yang menarik seperti Pulau Phuket namun di pulau tersebut pernah mengalami bencana alam seperti Tsunami manakala di Indonesia juga mempunyai destinasi pelancongan yang menarik seperti di Bali, namun pergolakan politik menyebabkan pelancong rasa tidak selamat untuk ke sana kerana pernah berlaku pengeboman di sana oleh anti kerajaan. Sebaliknya kestabilan politk di negara kita dan juga negara kita bebas dari bencana alam seperti Gempa bumi, Tsunami dan Ribut Taufan dapat menjamin keselamatan pelancong yang datang ke Malaysia.Faedah dari pembinaan hotel dalam laut yang tidak boleh dinilai adalah ia memberi keselesaan kepada penginap hotel. Pelbagai kemudahan yang disediakan dalam projek pembinaan hotel ini termasuklah pengunjung hotel bebas memilih makanan kegemaran dari barisan makanan dan minuman istimewa yang dihidangkan kepada mereka setiap hari. Selain itu meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di setiap kawasan. Ini memudahkan penginap hotel untuk berhibur. Pihak Hotel Dalam Laut ini juga menyediakan ”gondola khas” untuk setiap pelancong berkomunikasi dalam suasana penuh privasi. Tidak ketinggalan bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan dengan ratusan buku dan ruang rehat dengan kerusi urut sambil penginap hotel menikmati pemandangan di luar hotel yang mendamaikan. Pelbagai kemudahan yang disediakan di hotel ini seterusnya akan memberi keselesaan kepada pelanggan hotel ini.

4.3 Langsung ( direct )
Projek pembinaan hotel dalam laut yang bakal dijalankan akan memerlukan ramai tenaga kerja bagi menyiapkannya. Ramai yang akan mendapatkan faedah secara langsung daripada projek ini seperti pekerja, kontraktor dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 2000 orang pekerja termasuk pekerja profesional dan tidak profesional diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut. Dengan ini peluang pekerjaan dapat diwujudkan terutamanya kepada penduduk negara secara umumnya dan kepada penduduk di sekitar Pulau Redang secara amnya. Seandainya projek ini berjaya dilaksanakan pula, Malaysia bakal menjadi pusat tumpuan pelancong dunia kerana berjaya membina sebuah hotel di dalam laut yang boleh diklasifikasikan sebagai keajaiban ke-8 dunia.

4.4 Tidak langsung ( indirect )
Melalui projek pembinaan hotel dalam laut ini, ia akan meningkatkan jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan negara dan juga meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pelancong yang datang tidak hanya datang untuk menginap di hotel tersebut tetapi juga mereka akan membeli belah dan keperluan mereka yang lain di negara kita. Hal ini akan menyebabkan pengaliran wang asing ke dalam negara kita. Menurut Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, rakyat negara ini membelanjakan lebih RM 200 juta untuk tujuan melancong ke luar negeri. Ini akan menyelamatkan pengaliran keluar wang asing ke luar negara. Secara tidak langsung akan membolehkan industri pelancongan menjadi sektor ketiga terpenting di negara kita selepas sektor pertanian dan perkilangan.

Selain itu juga, dengan adanya projek pembinaan hotel dalam laut ia turut memberi faedah secara tidak langsung kepada kontraktor yang terlibat dalam proses pembinaan hotel tersebut. Apabila projek hotel dalam laut di Pulau Redang ini berjaya dilaksanakan, maka ia akan memberi persepsi yang positif terhadap kontraktor yang terlibat terutamanya bagi kontraktor yang baru menceburi bidang pembinaan hotel dalam laut. Seandainya dulu nama mereka tidak dikenali, dengan kejayaan pembinaan hotel ini, nama mereka akan lebih dikenali. Sekiranya terdapat projek-projek pembinaan hotel yang lain khidmat mereka akan diperlukan lagi. Selain itu mereka juga akan mempunyai peluang untuk bekerja di luar negara untuk mengendalikan projek-projek yang lebih besar.

5.0 JANGKA HAYAT PROJEK

Projek ini akan bermula mengikut jadual iaitu pada tahun 2010. Ini kerana, sebelum projek pembinaan dijalankan, kami perlu mengatur beberapa langkah terlebih dahulu supaya projek yang bakal dilaksanakan tidak terganggu oleh beberapa faktor lain seperti modal, kos bahan binaan, kos upah dan sebagainya. Oleh itu kami telah membahagikan kepada beberapa fasa untuk melaksanakan projek ini supaya tidak ada faktor-faktor lain yang boleh mengganggu perjalanan pembinaan ini nanti. Jangka hayat projek ini akan dilaksanakan adalah selama 10 tahun iaitu bermula pada bulan Januari 2010 hingga disember 2020.

6.0 JENIS PROJEK

Penentuan jenis projek adalah penting kerana jika sesuatu projek itu tidak dapat ditentukan jenisnya, maka keputusan sukar dibuat dan akan mendatangkan masalah. Penentuan jenis projek juga penting kerana apabila sesuatu projek itu dipilih untuk dijalankan, maka projek itu merupakan projek yang terbaik dan dapat memberikan keuntungan kepada perancang dan dapat memberikan faedah kepada orang ramai. Projek yang ingin dibangunkan ini adalah projek berbentuk kekal kerana projek ini melibatkan proses pembinaan. Projek ini juga bersifat persendirian kerana ia merupakan hak milik individu dan pihak tertentu. Hal ini kerana pengguna perlu membayar bagi setiap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel.Namunbegitu,, projek ini tetap dipantau oleh pihak kerajaan dan perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

7.0 STRUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA (WBS)

8.0 JADUAL KERJA (GANTT CHART)

Projek: Pembinaan hotel dan jambatan laluan pelancong.

AKTIVITI / TAHUN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Semak lokasi projek
Mengukur tapak atau menanda
Kerja menanam cerucuk
Bina tiang dan struktur konkrit
Kerja membuat beam / lantai
Kerja memasang konkrit / dinding
Pemasangan kaca akrilik lutcahaya
Pemasangan kubah / bumbung
Kerja mengeluarkan air laut
Kerja memasang pendawaian elektrik / aircond
Pemasangan tangga bergerak / lif
Pemasangan sistem kumbahan / air
Pemasangan pavement block
Kemasan dan mengecat
Pembersihan tapak
Kerja memasukkan alatan / perabot
Kerja hiasan dalaman
Siap dan penyerahan projek

9.0 KEPERLUAN SUMBER

Sumber merupakan keperluan penting dalam sesuatu projek kerana sumber adalah antara medium utama untuk projek tersebut. Keperluan ini perlu dirancang dengan teliti penggunaannya supaya tidak berlaku kerugian dalam projek tersebut. Projek pembinaan ini memerlukan sumber bahan mentah, sumber kewangan, dan sumber buruh.

9.1 Projek pembinaan hotel dan lorong laluan pelancong

9.1.1 Sumber bahan mentah
pasir, simen, besi cerucuk, papan, batu kecil, keluli, pavement block, besi penghadang,dinding akrilik lutcahaya, bumbung dan lain-lain.

9.1.2 Sumber buruh
2000 orang buruh diperlukan.

9.1.3 Jumlah anggaran kos
RM 1.8 billion

Projek ini akan bermula dengan pengukuran untuk menentukan jarak, keluasan dan jumlah keperluan sumber di dasar dan dalam laut. Kemudian pembinaan tiang atau cerucuk akan bermula dan pembinaan ini termasuk dengan pembinaan tapak konkrit. Kemudian pembinaan lantai, dinding simen biasa akan bermula bagi di dasar dan di dalam laut. Seterusnya, pembinaan dinding akrilik lutcahaya akan bermula serta pemasangan kubah atau bumbung. Pada peringkat seterusnya, kerja mengeluarkan air laut dibuat dan digantikan dengan pengisian udara ke dalam hotel tersebut dengan mengaplikasikan tekanan udara di dalam kapal selam. Selepas berlaku pengeringan di dalam hotel tersebut, kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik atau aircond dijalankan oleh kontraktor elektrik dan elektronik. Kemudian, pemasangan tangga bergerak dan lif, serta pemasangan sistem kumbahan dilakukan dalam satu masa yang sama agar dapat menggunakan kesemua buruh yang ada dalam satu-satu masa. Pada peringkat seterusnya, pavement block akan dipasang untuk mencantikkan lagi sebahagian dinding konkrit. Selepas semua kerja tersebut selesai, kemasan dan aktiviti mengecat akan dibuat bersama dengan kerja pembersihan tapak. Peringkat yang terakhir di mana kerja memasukkan alatan atau perabot serta kerja hiasan dalaman dijalankan.

10.0SISTEM PENGAWALAN

10.1 FASA 1
10.1.1 Pastikan ukuran tepat seperti dalam pelan. Juru ukur bertauliah akan diupah sebelum dan selepas projek pembinaan hotel disiapkan oleh buruh binaan. Hal ini bagi mengelakkan masalah ketidaktepatan hotel yang dibina.
10.1.2 Sebelum konkrit digunakan, cerucuk yang ditanam akan disemak oleh penyelia tapak supaya benar-benar mengikut syarat perjanjian. Jika cerucuk ditanam tidak mencukupi kualiti tapak binaan akan terjejas.
10.1.3 Seterusnya, pemasangan konkrit tegas dahulu pada projek dan tapak binaan akan diukur serta kerja binaan struktur konkrit bermula. Pengurus mesti memantau semasa proses penanamannya. Hal ini untuk mencegah masalah penipuan dan jumlah cerucuk tidak cukup ditanam atau terlebih. Setiap pekerja mesti mencatat dan melaporkan jumlah cerucuk.
10.1.4 Pada tahun seterusnya, masalah di tapak projek akan dikenal pasti seperti halangan-halangan yang wujud. Contoh halangan, bekalan sampai pada masa yang tidak sepatutnya. Pengurus terpaksa menyediakan tempat menyimpan stok tersebut untuk mengelakkan kehilangan bekalan.

10.2 FASA 2
10.2.1 Seterusnya, pemasangan tiang atau cerucuk untuk membina lorong laluan pelancong.
10.2.2 . Tiang dipasang untuk mengukuhkan struktur binaan laluan.

10.3 FASA 3
10.3.1 Pembinaan lantai dan pemasangan pavement blok dilakukan.
10.3.2 Fasa 3 mesti bermulanya aktiviti pemasangan lantai dan plaster. Kedua-duanya mesti siap serentak untuk memastikan fasa 4 dapat mencapai tahap 80 % proses pembinaan.

10.4 FASA 4
10.4.1 Projek tertumpu kepada proses-proses menyiapkan projek peringkat akhir. Aktiviti-aktiviti mengecat untuk memperkemaskan dan menceriakan lagi tapak binaan. Kemasan dan pemantauan ke atas tapak projek yang telah disiapkan oleh pekerja.
10.4.2 Projek seterusnya dilakukan dengan memasukkan perabot, hiasan dan alatan ke dalam hotel untuk lebih sistematik dan kemas.
10.4.3 Projek ini mesti siap sepenuhnyan pada tahun ke sepuluh. Seminggu sebelum tarikh tamat projek, projek keseluruhan mesti tamat dengan lengkap dan memenuhi kehendak pelan yang telah dirangkakan sebelumnya.
10.4.4 Pada masa proses-proses dan kerja-kerja pembinaan sepanjang fasa mesti disertai dengan pengumpulan sisa-sisa buangan di suatu tempat. Hal ini untuk mempercepatkan lagi kerja pembersihan tapak projek.
10.4.5 Semua projek akan tamat mengikut jadual dengan adanya penyeliaan dan pemantauan daripada pihak atasan iaitu pengurus tapak projek.
10.5 Tindakan susulan dalam sistem pengawalan
10.5.1 Pengurus tugas-tugas khas bertanggungjawab tentang laporan semasa cuaca tempatan. Jika didapati cuaca akan hujan, pekerja di tapak binaan mesti dimaklumi segera.
10.5.2 Dalam tempoh seminggu setiap aktiviti di tapak binaan akan dilaporkan dan jika terdapat jangkaan lewat siap, kerja lebih masa akan dikenakan ke atas pekerja.
10.5.3 Stok-stok bahan mentah mesti disimpan dengan selamat maka terdapat pengawal keselamatan yang akan ditugaskan di stor.
10.5.4 Keluar masuk bekalan bahan mentah mesti mendapat kebenaran pengurus sumber dan bekalan.
10.5.5 Jika mengalami masalah kelewatan bahan mentah dari pembekal, pihak pengurus mesti bertindak cepat. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan pula semua bekalan akan diwajibkan sampai 2 minggu sebelum projek berlaku. Selain itu, sebelum kerja-kerja pembinaan akan mula. Hal ini bermakna jika terlewat pun tidaklah akan ambil masa lama.

11.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Anggaran kos projek merupakan antara perkara yang terpenting yang perlu ada di dalam sesebuah projek. Anggaran kos projek diperlukan untuk mengetahui jumlah sumber kewangan yang diperlukan untuk menampung kos dan segala perbelanjaan. Anggaran kos projek juga akan menentukan nasib sesuatu projek kerana pelanggan akan memilih kos projek yang realistik dan rendah. Melalui anggaran kos projek, segala perbelanjaan dapat diperincikan walaupun anggaran tersebut tidak begitu tepat kerana anggaran kos projek adalah seperti penanda aras yang membantu pengurus projek di dalam sesuatu projek. Maka pada masa yang sama, penggunaan sumber dapat dikurangkan dan tidak akan berlaku lebihan sumber yang banyak. Selain itu, anggaran kos projek juga dapat memuaskan hati pelanggan kerana setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak pelanggan, dapat diketahui tujuan perbelanjaan itu walaupun jumlah anggaran adalah tidak tepat.

Anggaran kos projek boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
1. Kos buruh
2. Kos bahan mentah
3. Kos Sewaan
4. Pengangkutan
5. Insurans
6. Pengurusan
7. Kos luar jangkaan

12.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan dan modal disumbangkan oleh pemilik hotel dan pelabur yang menyumbangkan modal dalam pembinaan hotel dalam laut ini. Jumlah keseluruhan modal yang disumbangkan ialah sebanyak RM 1.8 billion.

13.0 PELAN KONTIGENSI

Pelan kontigensi adalah pelan luar jangka yang diwujudkan oleh pihak kontraktor untuk menghadapi masalah-masalah di luar jangkaan. Pelan kontigensi ini melibatkan penambahan atau penyediaan kos di awal projek supaya tidak berlaku kekurangan kos jika berlaku masalah semasa projek berjalan. Masalah- masalah yang mungkin timbul adalah seperti projek yang disiapkan adalah lewat daripada tarikh perjanjian, kerosakan yang melibatkan pihak lain, serta pelbagai lagi masalah luar jangka. Pelan kontigensi perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak pelanggan supaya pelanggan dapat menyediakan kos yang diperlukan dan selalunya pihak pelanggan akan menyediakan kos tersebut. Pelan kontigensi bagi projek ini adalah melibatkan kos sebanyak RM 0.5 billion kerana jumlah kos projek di anggarkan sebanyak RM 1.3 billion. Kos luar jangkaan yang banyak ini adalah untuk memudahkan urusan jika berlaku masalah yang tidak dijangka. Kos luar jangka ini termasuk bersama di dalam jumlah kos projek dan hal ini akan dimaklumkan kepada pelanggan supaya persetujuan di antara kedua-dua belah pihak pelanggan dan kontraktor dapat dicapai.

KESIMPULAN

Hotel dalam laut ini menjadi satu titik perubahan bagi sektor pelancongan dalam negara ini. Walaupun kos yang digunakan bagi melaksanakan projek ini tinggi dan memerlukan teknologi yang canggih, ia merupakan usaha yang baik bagi menjana pendapatan negara. Selain itu juga, pembinaan hotel ini akan menaikkan lagi imej negara ke mata dunia dan hal ini menjadikan Malaysia dijadikan salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong- pelancong dari luar negara. Aliran wang asing yang masuk ke dalam negara akan menjana ekonomi negara dan hal ini demikian akan menyebabkan pendapatan negara semakin kukuh. Tempat-tempat pelancongan dalam negara yang lain secara automatik menjadi tumpuan pelancong. Hal ini demikian kerana pelancong dapat melawat tempat-tempat menarik yang lain apabila datang ke negara ini. Terdapat banyak faedah yang ada apabila wujudnya pembinaan hotel ini. Apabila sektor pelancongan negara ini semakin kukuh dan popular dalam kalangan pelancong asing, hal ini akan menyebabkan pelabur-pelabur asing akan berminat untuk melabur dalam aktiviti ekonomi Malaysia. Ekonomi Malaysia akan sedikit sebanyak akan meningkat dengan adanya kemajuan dalam sektor pelancongan ini. Hotel dalam laut ini merupakan projek yang unik kerana tidak banyak hotel yang sebegini bentuk ada disemua negara di dunia ini.

Kecantikan hakiki...


Salam untuk semua..


Dikirim: Ummu Yusuf Wikayatu DinyMuroja’ah: Ust Aris Munandar (27 Mar 2008)


Adalah kebahagiaan seorang laki-laki ketika Allah menganugrahkannya seorang istri yang apabila ia memandangnya, ia merasa semakin sayang. Kepenatan selama di luar rumah terkikis ketika memandang wajah istri yang tercinta. Kesenangan di luar tak menjadikan suami merasa jengah di rumah. Sebab surga ada di rumahnya; Baiti Jannati (rumahku surgaku).
Kebahagiaan ini lahir dari istri yang apabila suami memandangnya, membuat suami bertambah kuat jalinan perasaannya. Wajah istri adalah keteduhan, telaga yang memberi kesejukan ketika suami mengalami kegerahan. Lalu apakah yang ada pada diri seorang istri, sehingga ketika suami memandangnya semakin besar rasa sayangnya? Konon, seorang laki-laki akan mudah terkesan oleh kecantikan wajah. Sempurnalah kebahagiaan seorang laki-laki jika ia memiliki istri yang berwajah memikat.
Tapi asumsi ini segera dibantah oleh dua hal. Pertama, bantahan berupa fakta-fakta. Dan kedua, bantahan dari sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.
Konon, Christina Onassis, mempunyai wajah yang sangat cantik. Ia juga memiliki kekayaan yang sangat besar. Mendiang ayahnya meninggalkan harta warisan yang berlimpah, antara lain kapal pesiar pribadi, dan pulau milik pribadi juga. Telah beberapa kali menikah, tetapi Christina harus menghadapi kenyataan pahit. Seluruh pernikahannya berakhir dengan kekecewaan. Terakhir ia menutup kisah hidupnya dengan satu keputusan: bunuh diri.
Kecantikan wajah Christina tidak membuat suaminya semakin sayang ketika memandangnya. Jalinan perasaan antara ia dan suami-suaminya tidak pernah kuat.
Kasus ini memberikan ibroh kepada kita bahwa bukan kecantikan wajah secara fisik yang dapat membuat suami semakin sayang ketika memandangnya. Ada yang bersifat psikis, atau lebih tepatnya bersifat qalbiyyah!
Bantahan kedua, sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Seorang wanita dinikahi karena empat hal; karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang taat beragama niscaya kamu akan beruntung.” (HR. bukhari, Muslim) Hadist di atas sebagai penguat bahwa kesejukan ketika memandang sehingga perasaan suami semakin sayang, letaknya bukan pada keelokan rupa secara zhahir. Ada yang bersifat bathiniyyah.Dengan demikian wahai saudariku muslimah, tidak mesti kita harus mempercantik diri dengan alat kosmetik atau dengan menggunakan gaun-gaun aduhai yang akhirnya akan membawa kita pada sikap berlebihan pada hal yang halal bahkan menyebabkan kita menjadi lalai dan meninggalkan segala yang bermanfaat dalam perkara-perkara akhirat, wal ‘iyadzubillah. Namun tidak berarti kita meninggalkan perawatan diri dengan menjaga fitrah manusia, dengan menjaga kebersihan, kesegaran dan keharuman tubuh yang akhirnya melalaikan diri dalam menjaga hak suami. Ada yang lebih berarti dari semua itu, ada yang lebih penting untuk kita lakukan demi mendapatkan cinta suami.


Sesungguhnya cinta yang dicari dari diri seorang wanita adalah sesuatu pengaruh yang terbit dari dalam jiwa dengan segala kemuliaannya dan mempunyai harga diri, dapat menjaga diri, suci, bersih, dan membuat kehidupan lebih tinggi di atas egonya. Untuk itulah saudariku muslimah… Tuangkanlah di dalam dada dan hatimu dengan cinta dan kasih sayang serta tanamkanlah kemuliaan wanita muslimah seperti jiwamu yang penuh dengan kebaikan, perhatian serta kelembutan. Bukankah kita telah melihat contoh-contoh yang gemilang dari pribadi-pribadi yang kuat dari para shahabiyyah radiyallahu ‘anhunna…? Janganlah engkau penuhi dirimu dengan ahlak yang selalu sedih dan gelisah, banyak pengaduan dan keluh kesah dan selalu mengancam, karena hal tersebut akan menggelapkan hatimu. Tersenyumlah untuk kehidupan. Seperti kuatnya para shahabiyyah dalam menghadapi kehidupan yang keras dan betapa kuatnya wanita-wanita yang lembut itu mempertahankan agamanya…Perhiasan jiwa, itulah yang lebih utama. Yaitu sifat-sifat dan budi pekerti yang diajarkan Islam, yang diawali dengan sifat keimanan. Sebagaimana firman Allah, (yang artinya) “Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.” (QS. Al-Hujaraat: 7)


Apabila keimanan telah benar-benar terpatri dalam hati, maka akan tumbuhlah sifat-sifat indah yang menghiasi diri manusia, mulai dari Ketakwaan, Ilmu, Rasa Malu, Jujur, Terhormat, Berani, Sabar, Lemah Lembut, Baik Budi Pekerti, Menjaga Silaturrahim, dan sifat-sifat terpuji lainnya yang tidak mungkin disebut satu-persatu. Semuanya adalah nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada hamba-hambanya agar dapat bahagia hidup di dunia dan akhirat. Wanita benar-benar sangat diuntungkan, karena ia memiliki kesempatan yang lebih besar dalam hal perhiasan jiwa dengan arti yang sesungguhnya, yaitu ketika wanita memiliki sifat-sifat terpuji yang mengangkat derajatnya ke puncak kemuliaan, dan jauh dari segala sesuatu yang dapat menghancurkanya dan menghilangkan rasa malunya….!


Saudariku… jika engkau telah menikah, maka nasihat ini untuk mengingatkanmu agar engkau selalu menampilkan kecantikan dirimu dengan kecantikan sejati yang berasal dari dalam jiwamu, bukan dengan kecantikan sebab yang akan lenyap dengan lenyapnya sebab. Saudariku… jika saat ini Allah belum mengaruniai engkau jodoh seorang suami yang sholeh, maka persiapkanlah dirimu untuk menjadi istri yang sholihah dengan memperbaiki diri dari kekurangan yang dimiliki lalu tutuplah ia dengan memunculkan potensi yang engkau miliki untuk mendekatkan dirimu kepada Yang Maha Rahman, mempercantik diri dengan ketakwaan kepada Allah yang dengannya akan tumbuh keimanan dalam hatimu sehingga engkau dapat menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia.Saudariku… ini adalah sebuah nasihat yang apabila engkau mengambilnya maka tidak ada yang akan diuntungkan melainkan dirimu sendiri.


Disalin dari: Buletin al-Izzah edisi no16/thn III/Muharram 1425 H
(Bulletin ini diterbitkan oleh Forkimus (Forum Kajian Islam Muslimah Salafiyah) Mataram, Lombok, NTB)
***
Artikel www.muslimah.or.id

Tuesday, September 1, 2009

SECANTIK BUNGA TERATAI....AKHIRNYA LAYU JUA


Teratai..nama diberi..kembang mewangi ditengah tasik...Sejuk mata yang memandang bila terpandangkan bunga-bunga teratai yang berkembangan di tengah tasik ataupun kolam...namun kembangnya hanya sementara dan cantiknya hanya seketika..ketika ia cantik setiap yang melihat dan memandang akan tertarik dan memuji.."wah,cantiknya bunga tue..colour pink lagi" takpun "jom kita ambik gmbar bunga tue lawalah!"tetapi bila bunga itu sudah tidak cantik ataupun daun dan bunganya dimakan ulat ataupun serangga kita akan membiarkan begitu sahaja..langsung tak mempedulikan bunga itu lagi...ibaratnya seorang wanita..bila cantik semua mata memandang dan memuji sehinggakan ada yang tidak berkelip melihat..bagi mereka semua kecantikan adalah sesuatu yang penting....x cantik x boleh...xde orang nak..x de orang berkenan nak buat isteri..hmmm betul ke????sehinggakan ada dalam kalangan kita sanggup berhabisan duit semata-mata ingin cantik..ingin glamour..kalu cantik semua orang pandang..semua orang nak kawan..ramai lelaki nak..hmmm macam-macam dengan pemikiran kita sekarang..tetapi adakah pemikiran kita itu betul??ataupun pemikiran kita tue salah??hmm..pentingkah kecantikan rupa paras bagi setiap mata yang memandang??kadang-kadang aku berfikir kenapa kita perlu cantik??x ke cantik tue menyebabkan kita lebih alpa dengan duniawi??xpun cantik tue boleh menyebabkan kita lupa diri?xpun cantik tue boleh menyebabkan kita terjerumus ke lembah hina.....habis duit..kerja lain x buat sebabnya masa dihabiskan dengan menilik wajah dan bentuk badan.hendak makan takut..nak buat kerja rumah takut..sebabnya takut tangan jadi kasar takut tangan terluka..hairankan dengan kita semua nie? pemikiran kita terlalu singkat..kita terlalu memikirkan kecantikan luaran semata-mata sehinggakan kita lupa akan kecantikan dalaman..kecantikan dalaman kita x cuba pulak untuk cantikkan..untuk buat orang puji..untuk buat orang bahagia dengan kecantikan dalaman kita tue..tetapi yang hanya merisaukan kita adalah kecantikan luaran semata-mata..tetapi bagi aku kecantikan itu merupakan sesuatu yang abstrak..sesuatu yang sukar dibuat penilaian namun ia juga bergantung kepada seseorang individu itu untuk mentafsirkan takrif kecantikan yang sebenar..tetapi yang menyebabkan aku lebih terkilan kerana ramai perempuan cantik di luar sana makin hilang kecantikan dan serinya..membiarkan kumbang-kumbang prosak mengurangkan serinya..namun kita tak pernah terfikirkan dengan semua itu kerana kita hanya memikirkan kecantikan yang tidak kekal abadi..

p/s:post nie belum aku habiskan kerana kekurangan masa..maklumlah sekarang nie bulan Ramadhan jadi masa perlu dibahagi2kan kepada tugasan pembelajaran dan ibadat sunat...isu ini sangat menarik bagi aku..kerana terlalu mencabar kredibilti aku sebagai seorang wanita...so kita fikir-fikirkanlah...

Wednesday, August 26, 2009

tika itu..saat itu..dan masa itu...pertanian dalam pembangunan???


Mohd Nasir Saukani,(2004) ‘Bab 11: Sektor Pertanian dan Pembangunan,Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi, edisi terbaru,UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal.230 – 256.
Apa yang dapat saya ulaskan melalui bahan bacaan ini adalah berkaitan dengan sektor pertanian dan pembangunan,betapa pentingnya sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dan peranan yang perlu dimainkan oleh sektor ini pada tahun-tahun yang akan datang. Sektor pertanian di Malaysia dijadikan sebagai asas perbincangan dalam melihat ukuran keperluan sektor ini untuk terus dipertahankan. Dalam menuju alaf baru, dunia sedang mengalami peningkatan penduduk dan kecanggihan dalam pelbagai aspek pembangunan ekonomi. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjangka pertumbuhan penduduk akan terus meningkat kepada 9.1 bilion pada 2050 dan 11 bilion pada 2200. Wajarkah sektor ini dipinggirkan atau dipertingkatkan peranannya? Seperti yang kita tahu, fenomena kebuluran, kemarau dan kekurangan zat makanan yang dihadapi terutama di negara-negara Dunia Ketiga perlu diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.Secara tradisi,sektor pertanian dianggap sebagai sektor yang pasif dan menyokong perkembangan sektor-sektor lain terutamanya sektor industri. Namun begitu, pertanian kini memerlukan dimensi baru kerana cara pertanian traditional sudah tidak sesuai lagi seiring dengan kemajuan yang telah kita hadapi.Sektor ini memerlukan strategi yang lebih moden dan komersial yang boleh meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

Menurut penulis,peranan pertanian dalam pembangunan sering diperkatakan.Namun begitu,sejauh mana pentingnya sumbangan pertanian kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhannya masih dipertikaikan.Menurut Mohd Syukri 1989,negara-negara maju sering dikaitkan dengan perindustrian, manakala negara-negara Dunia Ketiga pula dikaitkan dengan pertanian.Sebenarnya terdapat salingkaitan antara kedua-dua sektor ini. Pertanian telah memberi sumbangan yang besar terutama dalam menyemarakkan pertumbuhan ekonomi.Kajian menunjukkan hubungan diantara kedua-dua sektor ini meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor-sektor lain,tetapi pada masa yang sama sektor pertanian memerlukan sumber-sumber tertentu dari sektor-sektor lain untuk meningkatkan pertumbuhannya.Antara sumbangan sektor pertanian kepada sektor-sektor lain adalah seperti meningkatkan keluaran pertanian dan produk pertanian yang lain untuk kegunaan domestik dan untuk dieksport,membekalkan penawaran buruh tambahan kepada sektor-sektor bukan pertanian,menghasilkan aliran modal bersih untuk pelaburan di sektor lain dan meningkatkan permintaan pengguna di sektor pertanian untuk barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sektor-sektor lain.

Terdapat empat sumbangan penting sektor pertanian terhadap pertumbuhan ekonomi negara iaitu pertanian sebagai sumber makanan kepada manusia iaitu pertanian membekalkan makanan berkualiti kepada penduduk di sektor bukan pertanian,penjana kepada pembangunan sektor pembuatan yang berasaskan kayu,kelapa sawit dan getah.Yang ketiga memberi sumbangan modal dan buruh.Ini dicapai melalui dasar pertukaran tidak seimbang serta dasar fiskal iaitu modal disalurkan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian.Yang seterusnya sumbangan tukaran asing.Ini dilakukan sama ada dengan menambahkan eksport barang utama ke pasaran antarabangsa atau dengan mengeluarkan barang gantian import.Saling kaitan antara kedua sektor ini telah dinyatakan oleh beberapa ahli ekonomi.Antara hujah yang diperkatakan oleh ahli ekonomi ini ialah kekurangan bahan makanan boleh membantutkan pertumbuhan sektor bukan pertanian.

Revolusi hijau telah diperkenalkan dan menyebabkan petani-petani miskin berjaya meningkatkan output mereka selepas pengenalan benih-benih baru menerusi penyelidikan dan pembangunan.Selepas 1960 an,kadar pertumbuhan sektor pertanian di negara-negara kurang membangun mula menunjukkan peningkatan.Ini adalah kesan daripada tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan seperti penggunaan benih hasil tinggi,sistem pengairan tanah pertanian yang semakin meningkat dan baja tiruan.Perubahan yang berlaku dalam sektor pertanian pada masa kini mempunyai banyak kelainan berbanding perubahan yang berlaku keatas sektor ini pada masa lalu.Peningkatan penduduk dan pendapatan akan meyebabkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian khususnya makanan terutama di kawasan Asia Timur.Namun begitu terdapat kekangan yang masih mewarnai usaha memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat ini. Kegunaan tanah untuk pembandaran,perumahan dan rekreasi yang semakin meningkat sejajar dengan peningkatan penduduk menjejaskan tanah untuk kegiatan pertanian.Sektor pertanian dalam era ke-21 bukan sekadar mengeluarkan bahan makanan tetapi juga bahan-bahan untuk kegunaan industri,kimia,perubatan dan farmaseutikal.Perindustrian pertanian akan dapat menstabilkan pendapatan petani dan mewujudkan peluang pekerjaan di sektor pertanian yang tidak banyak berbeza daripada yang terdapat di bandar.Pertanian era kini turut mempunyai nilai komersial dari segi pelancongan.Kewujudan banyak kawasan pelancongan yang dikenali sebagai “Agro-Tourism” membayangkan kemampuan sektor ini untuk terus memberikan pulangan menarik kepada ekonomi negara.

Kerancakan pembangunan ekonomi Malaysia yang kini berasaskan sektor pembuatan dan perindustrian,seolah-olah telah mengetepikan peranan dan sumbangan sektor pertanian.Namun demikian hakikat bahawa makanan diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan bahan mentah diperlukan untuk terus menggerakkan sektor industri jelas menunjukkan bahawa walau sejauh mana pesatnya pembangunan ekonomi berorientasi perindustrian,peranan pertanian tidak boleh diabai sama sekali.Malaysia masih bergantung pada sebahagian utama import bahan makanan walaupun barang yang sama dikeluarkan di negara ini.Tetapi disebabkan pengeluarannya yang tidak mampu menampung permintaan kerana faktor tanah pertanian yang semakin kurang(dari segi kesesuaian),kekurangan tenaga kerja,tahap harga sesetengah komoditi yang rendah,tahap pelaburan swasta yang masih kecil dan penggunaan teknologi yang terhad,Malaysia terpaksa terus bergantung pada bahan makanan yang diimport.

Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia yang ke-tujuh(RMK-7),pada 1995,negara mengimport sejumlah RM4.48 bilion makanan dan mengeksport RM6.68 bilion yang bererti import bersih makanan ialah RM2.2 bilion.Import bersih makanan ini semakin meningkat berbanding import bersih bernilai RM0.56 juta pada 1990.Menurut penulis,kemerosotan sumbangan sektor pertanian terutama pada tahun-tahun 1970 an dan awal 1980 an telah membawa kepada pembentukan Dasar Pertanian Negara (DPN) pada 1984.DPN dilancarkan pada 12 Januari 1984 iaitu pada masa sektor pertanian masih dianggap penyumbang utama ekonomi,oleh itu kepentingan sektor ini perlu diperkukuhkan.DPN melaksana dan memperkukuh hampir semua strategi pertanian yang ada sebelumnya.Objektif DPN adalah untuk memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian menerusi penggunaan yang lebih cekap sumber-sumber dan meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi secara keseluruhannya.Ini dilakukan menerusi penyusunan semula(seperti penyusunan semula pekebun kecil dan pembukaan tanah baru),penyerapan teknologi,sekuriti makanan,pembekalan subsidi,intensif harga dan pengembangan industri asas tani.Apa yang nyata,produktiviti sektor pertanian mesti dipertingkatkan dan teknologi pertanian yang lebih baru dan terkini perlu dikenal pasti dan dicuba dalam usaha mengubah pertanian traditional kepada yang lebih moden dan dinamik.Apabila sesebuah negara bergerak maju kehadapan,teknologi yang baru dan lebih baik adalah perlu secara berterusan diserap oleh sektor pertanian,kerana tanpanya masalah makanan tidak akan dapat diselesaikan.

Pada pandangan saya,saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis bahawa peningkatan dalam pengeluaran pertanian amat diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor-sektor lain,tetapi saya ingin menambah pendapat bahawa pada masa yang sama sektor pertanian memerlukan sumber-sumber tertentu dari sektor-sektor lain untuk meningkatkan pertumbuhannya.Tambahan pula sektor ini seakan-akan dipinggirkan berbanding dengan sektor lain ekoran pembangunan ekonomi yang sedang dialami.Sektor ini juga kekurangan tenaga mahir untuk membangunkannya ekoran daripada golongan belia kini tidak berminat untuk menceburi bidang ini kerana menganggap bahawa sektor ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan mereka.Sedangkan semua ini boleh diatasi sekiranya ada rasa tanggungjawab bagi setiap individu dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu.Tambahan pula,sektor ini adalah terlalu penting bagi kita kerana sektor ini merupakan sumber utama pengeluar makanan kita.Misalnya,berasaskan trend pengeluaran dan penggunaan makanan,pada tahun 1994,Malaysia terpaksa mengimport sebanyak RM6.7 bilion barangan makanan,dibandingkan pada tahun 1990 di mana Malaysia hanya mengimport sebanyak RM1.2 bilion barangan makanan.Pertambahan yang mendadak sebanyak 570 peratus dalam jangka masa 4 tahun, dan menggambarkan betapa perlunya sektor ini diperkukuhkan.Langkah-langkah tertentu perlu diambil supaya kita tidak terus bergantung kepada sumber makanan daripada luar negara yang berkemungkinan mempunyai implikasi kepada keselamatan negara dan taraf kesihatan rakyat.(Tengku Mahmud Mansur,1998:25)

Selain itu,penekanan yang diberi oleh kerajaan khususnya ke atas pembangunan sektor-sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan adalah bertujuan membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih pesat dalam tempoh masa yang singkat.Ini bukan bermakna sektor pertanian tidak kurang penting,malah ia adalah cabaran kepada sektor untuk terus bersama-sama menyumbang ke arah pencapaian wawasan negara.Sejajar dengan ini,Dasar Pertanian Negara (DPN) telah menggariskan beberapa teras yang bertujuan,di antara lain untuk menjamin pembangunan seimbang antara sektor pertanian dengan sektor ekonomi yang lain,mempertingkatkan produktiviti pertanian,memperluaskan pengeluaran hasil pertanian dan memastikan pembangunan yang berdaya tahan berlandaskan pasaran dan penyertaan sektor swasta.Selain itu juga, saya tertarik dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Insentif untuk Projek Pengeluaran Makanan.Kerajaan telah menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan intensif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, intensif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.Kesannya,usaha ini dapat menggalakkan syarikat-syarikat bagi menjana pertumbuhan ekonomi bagi sektor pertanian disamping dapat meningkatkan pengeluaran makanan.(Kertas pembentangan,2004)

Tambahan pula,seperti yang kita tahu,pada masa-masa yang akan datang,sektor pertanian memerlukan tenaga buruh yang terlatih dalam bidang pertanian dan juga bidang-bidang lain seperti pengurusan,perniagaan dan pemasaran.Sistem pendidikan yang ada sekarang perlu digubal untuk mengeluarkan tenaga profesional.Hal ini kerana,negara tidak boleh lagi bergantung kepada golongan petani,penternak dan nelayan yang ada kerana peningkatan umur mereka.Misalnya, Pusat Latihan Pertanian Negara telah dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain itu,sistem maklumat yang canggih ,tersusun dan rapi harus juga disediakan bagi membantu masyarakat petani masa depan melengkapkan diri mereka dengan maklumat yang tepat dan cepat untuk membuat keputusan dengan cepat dan baik.

Pendapat saya yang seterusnya dan yang terakhir adalah berkenaan dengan penekanan terhadap konsep pertanian lestari iaitu pertanian yang berkekalan.Seperti yang kita tahu, pertanian lestari adalah satu sistem pertanian yang mampu untuk terus memenuhi permintaan bahan pertanian tanpa batasan masa disamping terus dapat mengekal atau memperbaiki mutu alam sekitar.Antara unsur penting dalam pembangunan pertanian lestari ialah mempertahankan dan mempertingkatkan tahap produktiviti, penjagaan dan pengurusan sumber alam dengan berkesan dan berterusan memastikan kerosakan sumber di tahap yang minimum,mewujudkan pulangan ekonomi yang memuaskan serta pengeluaran secara optimum bahan makanan untuk memenuhi keperluan makanan (Chamhuri Siwar,1998:451)

Kesimpulannya,pembangunan adalah salah satu proses yang dinamik dan berterusan.Sejajar dengan itu,sektor pertanian perlu berubah mengikut masa dan perlu dipertahankan peranannya dalam proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.