Wednesday, September 30, 2009

MAKAN VS TOP UP???

Ada dalam kalangan kita sanggup jimat makan nasi tapi top up x prnh nk jmatpun..huhu. aku kdg2 poning tgk segelintir golongan ini yang seakan-akan keliru antara keperluan diri sendiri ngan pasangan masing-masing…bila time makan save budget..makan ikut keperluan jer..tp bila bergayut xprnh ikt keperluanpun..shinggakan tdo ibarat kelawar dan tugasan ntah kemana..

Renung2kanlah (^_^)

Kita sanggup:
·Menghabiskan nilai top up untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa kita

·Menunggu berjam-jam dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang kita ‘cintai’ melintas jalan sedangkan kita solat secara ekspress atau tidak solat langsung.

·X tdo malam brbual telefon sedangkan bila ada tugasan dan peperiksaan kita merungut

·Memarahi bahkan sanggup menampar adik atau kawan yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita atau lelaki yang diminati

·Lawan cakap family tapi bila dengan teman lelaki atau wanita ibarat pijak semut tak mati.

·membaca novel cinta yang beratUs-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al Quran walaupun satu muka surat setahun

·Terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenangpun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak kita temui

·Susah hati tidak menerima surat, email atau sms daripada orang yang kita cintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi sms kepada bapa kita di kampung

·Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai pakaian xcukup inci ketika bersolat

·Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE U berbanding kalimah zikir

p/s : hrp2 aku xjd mcm nie yerk...kwang3x..

Tuesday, September 29, 2009

Sunday, September 27, 2009

AKHIRNYA AKU SAMPAI JUA...19 SEPT 09

Tepat jam 9:45 pagi aku menjejakkan kaki di atas jalan raya di depan The Store Kemaman...Alhamdulillah perjalanan ku selamat..hampir 12 jam aku menidurkan diri aku di atas bas Masa Permata..satu2nyer bas anak negeri Terengganu (PERMATA) USM..yang pergi ke Kemaman.. penantyer hnya Tuhan yang tahu...x sabarnyer nak balik rumah...hari ini ayah datang ambik aku..naik motor ego baru adik aku...hmmm..mak tgu ana..!!!!!tapi sampainye dekat rumah mcm ade sesuatu yang berlaku...rumah xberkemas..macam xraya jer...knape yer..hati aku rasa xsedap jer...aku masuk dalam rumah aku tengok muka mak pucat..mak kenapa nie??mak xckp apa2..mak diam..aku makin tertanya-tanya..kenapa dengan mak..kenapa muka mak pucat??knape mak xceria bila ana balik??mak???ayahpun mcm tau2 jer apa yang terbuku difikiran aku..ayah bgthu yang mak dah dekat sebulan sakit..apa??knapa xde sorangpun yang bgthu dkt aku??mak anakan anak mak...knape mak lgsung xbgthu ana??Ya Allah ujian apakah ini..ayah cakap mak xnk bgthu dkt ana sbab ana ada test..mak knal ana..mak xmau ana risau..mak xmau sdih..mak xmau ana balik rmh sbab mak skt...mak..wlau apapun yang berlaku ana sanggup korbankan segala2nyer demi mak...ptutlah ana tpn sume orang mcm berahsia..pndai mak simpan rahsia nie??mak ana xsgup dgr...hati ana merintih...ana kawal air mata ana..ana xnak mak tgk air mata ana..ana xnk mak mkin sdh..tp mak xkanlah seserius nie mak xbgthu ana...mak ana sanggup tanggng semua kesakitan mak asalkan mak sihat mak blh senyum...mak penyakit tiga serangkai...ana xdapat nak fikir sume tue..ana seakan-akan x bernyawa bila ana fikir sume tue..dalam satu masa mak ade pnykit jantung,kencing mnis darah tinggi dan last skali gaut...Ya ALLAH..aku sanggup jiKa semua kesakitan mak aku yang alami aku yang tanggung tapi sihatkanlah kembali kesihatan mak aku..jika ini semua sudah tersurat dan tersirat untukku aku redha...cuma Kau ringankanlah kesakitan emakku..kuatkanlah semgat kami semua menghadapi dugaanMU YA ALLAH..

Sunday, September 13, 2009

CSR....CSR...CSR...




Hmmm..mataku rs mcm nk t'ttp jer tp xleh nk ttp jgk coz otak aku nie x henti2 thinking psal CSR...Ap CSR tue???akupun poning jgk...aku sndripun krg ngerti...yg aku thu CSR nie mrupakan asgmnt aku yg tbaru.. huhuhu.. kami kena kaji isu CSR...ish..ish..ish...nie mrupakn final project akulah... hehehe..kajian penyelidikan falsafah...2009-10 / SKW320.. kwang..kwang... kwang.di mana CSR - corporate social responsibility / tanggungjawab sosial korporat....di mana kami dikehendaki mengkaji isu CSR yang berkaitan dengan syarikat..apa yg aku nk kaji yer??? kebaikan or keburukan???hmmm..aku nk kaji yg baik2 jerlah...selamat cket..huhuhu..tp ap yg baek2 yg aku nk kaji tue??maybe permasalahan berkaitan tempat kerja @permaslhan berkaitan alm persekitran @permslhn tgungjawab berkaitan produk / perkhidmtn or permslhn berkaitan komuniti atau kerajaan..hmmm..hehehe yg tue kna bncg dlm group..tpi..nape sume org bt xthu jer..aku dah cuak tp yg lain2 relax jer....50% tue..kan snang klu sume asgmnt just do individual jer..xyah tgu sume org free..xyah tension2 pk psal org lain....Ya ALLAH bntulah aku...relax2..tnang2 jgn tension2222..maybe dorang duk cuak jgk tp saje jer tnjk relax kot... think positive SUZANA...chaiyoook!chaiyooookkk..!u can do it....hmmm relax cket da....

Saturday, September 12, 2009

PEGI SHOPING KT BUKIT JAMBUL

kmi berbuka kt masjid...alang2 nk solat Asar kt sna baek bkak trus...sue wif brg2 yg pnuh meja..huhu
siah n mal..smpt lg dorang duk posing kt bus stop kt tgh pnas...

hmm..bas lmbt smpai..so kte poselah dlu....

mse nie kmi tgah tgu bas..dahlah pnas smpai mke suepun berkerut2 thn pnas...

hai...nsb baek sume kwn2 aku sporting...yg kt depan tue dah tgal kmi btiga kt blkg...

ecah....

minah gayut nie x rumate aku dlu...mal namenyer...xhbs2 dgn tlfnnyer...

Hari nie lpas jer slat Zohor kami pakat rmai2 g bj..alasannyer nk shoping selipar rya..mcm2 hallah dgn kmi sume nie...kami just berenam jer..aku,siah,sue,ecah,mal n diah..ajak emi dia ckp xmau jln bln2 pose..klu xpose blh dpertmbgkan...hahaha..ajak za dia ckp skrang ongkosnya krg... so dia xnk pg coz dia xblh bekenan kt sesuatu brg..klu bkenan wajib beli klu x dia akn teringt n then akn mimpi..so conclusionnyer aku xnk pnyk tue mkin parah so aku pg jer berenampun....tgu punyer tgu baspun smpai..naik bas milan jer..murah cket..rm1 jer...tp krg selesa sket..llki2 yg naik bas tue gtl2 sket....tgk org mcm nk telan jer...smpai kt bj jln punyer jln psg punyer pusing xde stupun slipar yg berkenan..aduiiii..mcmn nie...pnt sudh...apapun mood aku krg baik..dahlah penat satu brg akupun aku x beli..lgsung x berkenan...huhuhu..just kst ank sdara aku yg cml tue jer aku bli....bt penat pg jer...lpag bj kmi sgah kt TESCO EXTRA konon2nya nk slat Asar tp org plak pnuh...so kmi msuk dlm nk shoping ap2 yg ptutlah...kmi bli aym sekor nk msk....tp xtau nk msk ap..xpelah kiter bli dlu n then bru pk nk msk ap..oklah...lpas tue kmi g psar...jln2..pntlh..bli kuih ryalah mcm2lah..tp finally smbhyg Asar n bkak kt masjid jgk...lpas bkak trus blik blik tuk solat MAGHRIB n bkjar2 nk g terawih plak..last2 sekali kakiku..kejang.. sakit bangat tau...huhuhu..appun selipar aku xbli yg aku bli adelah kuih raya..lain dirancg lain pla jdnyer...nsb baik xlri bajet....

BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM...







Dalam kekalutan aku mencari bahan bacaan untuk membuat tugasan paper Human Service Organisation (HSO), hati aku tertarik dengan satu artikel ini...sangat memberi renungan kepadaku..so kita sama-sama renungkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis dan manfaatnya kepada kita...moga kiter semua memperolehi input yang cuba disampaikan oleh beliau...

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi. Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita? Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik! Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Hasil nukilan:Selamatkan satu jiwa (Raudhatussakinahpusat.blogspot.com)

Sunday, September 6, 2009

JOM MASAK MAGGI...

hah..nielah hslnyer...megi special dr ecah..hmmm sdapnyer...nielah dia mskn org bujang...

hahaha lpas mnumis kiter bkak plastik megi...n then msukkan megi dlm tumisan kiter td...



nielah dia lpas kter mnumis td...dah nmpk sdapkan.....
lpas tue kiter kacau r..bg dia rata sket...hehehe..

lpas bwang naik bau kiter msukkan perencah megi...hehehe..brulah ummhhh..

first skali kter tumis bawang..huhuhu mnalah thukan tkt ade org xpndai msk megi..huhuhu