Tuesday, September 1, 2009

SECANTIK BUNGA TERATAI....AKHIRNYA LAYU JUA


Teratai..nama diberi..kembang mewangi ditengah tasik...Sejuk mata yang memandang bila terpandangkan bunga-bunga teratai yang berkembangan di tengah tasik ataupun kolam...namun kembangnya hanya sementara dan cantiknya hanya seketika..ketika ia cantik setiap yang melihat dan memandang akan tertarik dan memuji.."wah,cantiknya bunga tue..colour pink lagi" takpun "jom kita ambik gmbar bunga tue lawalah!"tetapi bila bunga itu sudah tidak cantik ataupun daun dan bunganya dimakan ulat ataupun serangga kita akan membiarkan begitu sahaja..langsung tak mempedulikan bunga itu lagi...ibaratnya seorang wanita..bila cantik semua mata memandang dan memuji sehinggakan ada yang tidak berkelip melihat..bagi mereka semua kecantikan adalah sesuatu yang penting....x cantik x boleh...xde orang nak..x de orang berkenan nak buat isteri..hmmm betul ke????sehinggakan ada dalam kalangan kita sanggup berhabisan duit semata-mata ingin cantik..ingin glamour..kalu cantik semua orang pandang..semua orang nak kawan..ramai lelaki nak..hmmm macam-macam dengan pemikiran kita sekarang..tetapi adakah pemikiran kita itu betul??ataupun pemikiran kita tue salah??hmm..pentingkah kecantikan rupa paras bagi setiap mata yang memandang??kadang-kadang aku berfikir kenapa kita perlu cantik??x ke cantik tue menyebabkan kita lebih alpa dengan duniawi??xpun cantik tue boleh menyebabkan kita lupa diri?xpun cantik tue boleh menyebabkan kita terjerumus ke lembah hina.....habis duit..kerja lain x buat sebabnya masa dihabiskan dengan menilik wajah dan bentuk badan.hendak makan takut..nak buat kerja rumah takut..sebabnya takut tangan jadi kasar takut tangan terluka..hairankan dengan kita semua nie? pemikiran kita terlalu singkat..kita terlalu memikirkan kecantikan luaran semata-mata sehinggakan kita lupa akan kecantikan dalaman..kecantikan dalaman kita x cuba pulak untuk cantikkan..untuk buat orang puji..untuk buat orang bahagia dengan kecantikan dalaman kita tue..tetapi yang hanya merisaukan kita adalah kecantikan luaran semata-mata..tetapi bagi aku kecantikan itu merupakan sesuatu yang abstrak..sesuatu yang sukar dibuat penilaian namun ia juga bergantung kepada seseorang individu itu untuk mentafsirkan takrif kecantikan yang sebenar..tetapi yang menyebabkan aku lebih terkilan kerana ramai perempuan cantik di luar sana makin hilang kecantikan dan serinya..membiarkan kumbang-kumbang prosak mengurangkan serinya..namun kita tak pernah terfikirkan dengan semua itu kerana kita hanya memikirkan kecantikan yang tidak kekal abadi..

p/s:post nie belum aku habiskan kerana kekurangan masa..maklumlah sekarang nie bulan Ramadhan jadi masa perlu dibahagi2kan kepada tugasan pembelajaran dan ibadat sunat...isu ini sangat menarik bagi aku..kerana terlalu mencabar kredibilti aku sebagai seorang wanita...so kita fikir-fikirkanlah...

Monday, August 31, 2009

IZINKAN DIRIKU UNTUK MEMINTA KEMAAFAN....



Salam untuk semua....


22 tahun 5 bulan aku dilahirkan terlalu banyak dosa yang telah aku himpun..terlalu banyak yang telah aku lakukan..kenapa ini yang aku cari??kenapa seumur hidupku ini aku tidak menghimpun pahala???tidak membuat kebaikan??kenapa aku terlalu taksub dengan perjalanan hidup ini sehinggakan aku alpa dengan kehidupan aku sendiri. sehinggakan aku lupa untuk menghimpun sifat-sifat mahmudah berbanding mazmumah..hari demi hari..detik demi detik kadang-kadang aku terfikir kenapa harus aku lalui semua ini.kenapa aku terus melakukan dosa sedangkan aku seorang yang terpelajar.seorang undergraduate student..x boleh lagi ke seorang insan yang berumur 22 tahun berfikir apa itu kebaikan,apa itu dosa dan apa itu pahala??ya semua itu aku selalu terfikirkan tetapi seringkali aku ingin membuat kebaikan seringkali itu jugalah aku didatangi dengan pemikiran atau rasa lain..ya itulah bisikan syaitan... bisikan inilah yang sedang menghancurkan kita semua..jika hati kita tidak kuat nah kita akan terikut-ikut dengan bisikan syaitan tersebut...bisikan inilah yang menyebabkan ramai modal insan kini lemah..hancur dan seringkali terikut dengan hawa nafsu..kejar duniawi semata-mata...Namun,kini aku lebih kuat melawan bisikan syaitan tersebut..mencari sinar dan nur dalam kehidupanku..moga-moga aku diberi hidayah daripada ALLAH S.W.T moga-moga aku akan sentisa berpegang pada tali ALLAH S.W.T.Oleh itu izinkan diriku untuk memohon maaf atas pertuturanku yang tidak terjaga, janji yang terabaikan dan segala kesalahanku..Moga-moga aku akan lebih kuat lebih menjaga diriku daripada terus mendengar alunan bisikan syaitan dan diganti dengan mendengar alunan Dzirkullah...

Sunday, August 30, 2009

PERISTIWA ANA DIKEJAR ANJING...

Semalam,tepat jam 5:30 petang ana, sue,siah,za,as ngan diah g tesco....maklumlah dah tengah sem banyak barang yang kurang so kena tambahlah..awl-awl lg kami dah bercadang balik dari tesco nak berbuka dekat mek siam.kedai favourite siah...siah ska sgt mkn tomyam kat c2... ktanya tomyam kat c2 sedap tp bg aku blh tahan jerlah....bese jer...so after g tesco kami pegilah dkt kedai tue...lpas order duk tgu kejap smbil tgu waktu berbuka. ana dengan as duk menyibuk jerlah.maklumlah pompuan bese2lah...buat 2 x thu plak...lpas makan ana dengan as nak balik hostel....kbtln plak za tlpe bwk kain smbhyg nak solat terawih kt masjid jadi dia ikut kami balik biliklah.yang lain terus ke masjid untuk solat terawih dan tinggallah kami bertiga.nak dijadikan cerita sampainya dekat library kami terserempak dengan anjing..ana apa lagi dah kecut perut. ana nie memang takut dengan anjing.masa tu rasa mcam dah nak jatuh pengsan kat c2 jer..tapi kawal control ...kalu tak buat malu jer...so kami buat-buat xtahu padahal anjing tue duk kat belakang jer ikut kami kot...n then sampai kt school fizik makin laju plak anjing tue berjalan.hai macamana nie.ana dah cakap kat budak-budak nie jangan lari kalu lari dia makin kejar dan kalu yang lain-lain lari ana kan lari jgak tapi ana mesti duk kat depanlah coz ana lari laju.tapi malangnya sampai kat klinik lama anjing tue berlari plak.eh apasal plak anjing tue lari laju padahal kami tak laripun makin lama makin laju. ntah macamana tiba-tiba as bertempik dan lari...ana dengan za apa lagi terus menjerit dan larilah tanpa tengok kat belakang lagi..giler punyer anjing pandai dia menakutkan kami yer..siap ko ye!!!apa lagi masa kami lari dan bising-bising tue budak laki kt blok h35 soundlah kat kami..heh!heh!heh!ah lantaklah suka hati akulah nak buat bising ke yang penting ana selamat dari dikejar anjing tue..huh penat giler dahlah baru siap makan rasa berkocak air dalam perut tau dahlah lama tak lari pecut nie...keranamu anjing ana dah takut nak kuar malam lagi ckuplah dah dua kali ana dikejar anjing liar kat usm nie...huhuhu kenangan yang xkan ana luperkan...kelakar seram pun ade tapi at least kami selamat jugak sampai kat bilik...kepada penghuni blok lelaki h35 sorilah bukan nak buat bising tapi keaadaan yang mendesak pada waktu tue....huhu anjing punyer pasallah....

Friday, August 28, 2009

DIARI HATIKU UNTUKMU...

28 Ogos 2009 / Jumaat – bersamaan 7 Ramadhan 1430H 11:00am

Hmmm…hari nie ana bosan sangat tak tahu nak buat apa…smalam tdo lmbt tue yang hari nie bangun lmbt tue tambahan pula hari ini hujan tak henti-henti lagi seronok tidur…huhuhu..kalau tahu kat mak ngan sayang tentu ana kena marahkan…ana ingat lagi mak ngan sayang suka sangat kata “anak dara tak elok bangun tengahari..tambah pulak rezeki susah nak masuk..”hahaha..tapi sume tue kat sini jer..sebab kat sini ana tak tahu nak buat apa..kalu kat rumah ana dah tahu apa nak buat bila bangun jer tidur.. kalau kat rumah bangun jer tido..ana mesti kemas katil dan bilik ana, pahtu kemas bilik hero2 ana tue yg slalu bersepah mcm tongkang pecah…huhuhu beselah anak lelaki mana nak pandai kemas bilik sendirikan??tambah pulak ngan akak dia nie yang cerewet ngan kebersihan dan kekemasan rumah niekan…orang lain kemas sume x elok di mata diakan…hahaha..lpas kemas tiga2 bilik ..ana basuh pinggan…kemas dapur ngan basuh kain..sambil2 tue boleh sapu sampah dalam rumah…pahtu jemur kain…n then after that..of courselah favourite ana..sapu sampah kat halaman rumah…sayang tahukan ana nie memang cerewetkan…sampai sume mak2 sedara kiter kata kalau ana balik jangan harap boleh ada sehelai daun kat halaman rumahkan…. Hahaha..nak buat macamana ikut perangai2-2 to’ki anakan… lpas tue bru boleh nak mandi..sebab tuelah kat rumah selalu mandi lambat..sebab ana tak boleh mandi selagi ana tak berpuas hati dengan kebersihan dan kekemasan rumah…bla tengahari pulak kena masak..sebab kesian kat mak ayah balik keje letih2 xkan nak buat keje rumah pulakkan…so ana sebagai anak kedua ana kenalah bantu dorang…tambah pulak kaklong dah kahwin dan duk kat johor..ida pulak keje…huhuhu..tue kalu duk kat rumahlah sebab ana dah lali dengan kerja harian ana..tapi kat sini lain…ana tak boleh buat semua tue..kat sini kemas bilik sendiri jer…ana xsuke kemas bilik kecik2 x mencabarpun…bangun tido mesti termenung..sebab tak tahu nak buat apa…sebab tue ana selalu lepak kat bilik siah n jiejah..mesti dorang menyampahkan tengok muka ana selalu…hahaha…habis duk dalam bilik tak tahu nak buat apa..za selalu duk chatting 24 jam…malas nk ganggu dia…ana pulak macam nielah..bila bosan ana suka pose..ambik gambar sendiri..pahtu tengok2 gambar..mukaku yang teruk nie…hah….sebut pasal gambar..kamera ana rosak..sayangnyer!!!nak nangis rasa..tapi yang paling kecewanya kamera ana bukan rosak di tangan ana tapi di tangan orang lain.kamera SONY tue..mahal..ana sanggup ikat perut nak beli kamera tue sebabnya nak buat assignment cik nablah..isu-isu pembandaran..kalu tak ana tak beli jugak…sedihnyer Tuhan saje yang tahu tapi nak buat macamana sume tue salah ana..ana yang terlalu murah hati..last2 kali ana yang kecewa…hah!!!!lupekanlan pasal nie lagipun dia janji nak ganti.. Huh…tapi apa yang ana nak buat sekarang??xkan nak mengarang 24 jam??hmm macamana adikku sorang kat rumah tue yer..oppss bukan sorang tapi lima..tp ana xmau cakaplah pasal hero 4 orang tue..ana nak cakap pasal ida..kesian pulak kat dia..nak raya dia kena kemas rumah sorang2.. buat kuih raya sorang2 n beli baju raya tuk family sorang2..bese ada ana atau kaklong..tak susah sangat tapi ana sampai 18 Sepetember pagi kaklong petang..harap2 sangat raya hari Isninkan..xlah susah2 mak ngan idea nak kemas rumah..dahlah dorang kerja..kesiannyer…tuelah ana gatal2 sangat nak belajar jauh kan dah susah..kalu tak boleh balik tiap2 minggu kemas rumah nie tak ana terpaksa ingatkan idea selalu pasal kemas rumah.. huhuhu macam mam besar pulakkan..beselah orang yang cerewet macam ana nie susah..beselah ana xkan berpuas hati kalu orang lain kemas mesti x sempurnanya..huhuhu..huh??dah pukul satu??sekejapnyer masa berlalu..K r ana nak g membasuh...wahhhh..sejuknyer!!!!

BAGI ANA BUAT KERJA RUMAH NIE MERUPAKAN SATU TERAPI..KENAPA ANA KATA MACAM TUE??SEBABNYER KALU ANA TENSION OR SEDIH KE MESTI ANA BUAT KERJA RUMAH KEMAS2 RUMAH..N THEN LEPAS SIAP JER ANA AKAN HEPI N MCM XDE PROBLEMPUN..SO PENGAJARAN DI SINI RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA TUK BUAT KERJA RUMAH...XSLHKAN???

Thursday, August 27, 2009

MY FAVOURITE...HMMM LAPARNYER!!!

KERABU PUCUK PAKU
.
Bahan - bahan
1 ikat pucuk paku - ambil daun dan batang muda, dicelur & toskan
2 batang serai
10 biji cili padi* serai & cili padi dihiris halus (A)
3 sudu makan santan pekat
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan kerisik
6 biji cili merah
Sedikit belacan bakar* cili merah & belacan ditumbuk (B)
2 biji limau nipis - perah jusnya
Garam & gula pasir secukup rasa


Cara membuat

1. Campurkan bahan A, B, kerisik, udang kering, garam dan gula pasir.
2. Kemudian masukkan pucuk paku. Digaul rata.
3. Tuangkan jus limau dan gaulkan sekali lagi.
4. Sedia dihidangkan...yummy..yummy....

Wednesday, August 26, 2009

ada hikmah disebaliknyer....

salam untuk semua.....

hari demi hari...aku selalu percaya kepada setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ada hikmah disebaliknya...apa-apapun yang terjadi walau sepahit dan sesakit mana kita,hanya satu yang dapat membantu kita...hanya ALLAH S.W.T yang sentiasa berada disisi kita takkala kita menghadapi kesulitan takkala kita menghadapi kesakitan, kegembiraan, kemenangan, penderitaan dan sebagainya. Namun tetapi, kita sebagai umatNYA sentiasa melupakanNYA padahal DIAlah yang sentiasa berada disamping kita dulu, kini dan selamanya. Dulu, aku sentiasa merungut kenapa aku ditimpa pelbagai penderitaan, kesedihan...sedangkan aku tidak memahaminya padahal setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya....namun kini aku lebih mengerti semua yang berlaku itu membuat aku lebih kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani saki baki kehidupan ini...kerna ajal maut jodoh pertemuan semua di tanganNya..kehidupan ini amat indah jika kita sendiri pandai mengindahnya...ibarat sehelai kain putih..kita yang melakarkan lukisan,kita yang mewarnakannya mengikut rentak dan kesukaan kita...padahal kadangkala lukisan yang kita lukis itu menyebabkan orang lain menderita dan kita akhirnya menghadapi kemusnahan..kerana hanya kita yang dapat mencorakkan diri kita samada menjadi insan yang berhati mulia atau sebaliknya..setiap titik-titik warna itulah yang akan menentukan kehidupan kita...kadangkala aku berfikir setiap apa yang berlaku ini ada maksud yang tersirat dan tersurat..kalau aku tidak masuk ke sini (USM), aku tidak akan dapat berdiri di sini...tidak dapat mengerti dan memahami lagi apa itu liku-liku kehidupan....di sini aku belajar memahami diri aku sendiri, mengerti apa itu sebenarnya persahabatan, kawan dan teman, dugaan-dugaan dalam pembelajaran, menghargai masa dan yang paling penting kerinduan dan kasih sayangku kepada keluargaku tercinta yang telah tujuh tahun lebih masaku kurang bersama mereka...namun aku tetap kuat demi kasih sayangku padaMU YA RABBI dan padamu keluarga tercinta...setiap apa yang aku lalui di sini aku pasti setiap kegembiraan dan kekecewaan itu ada himah disebaliknya dan aku pasti aku dapat melaluinya dengan hati yang cekal dan semangat yang jitu..Dengan doronganmu mak ayah.. aku tetap kuat dan teguh berdiri di sini demi meneguk ilmu-ilmu kehidupan dan akhirat yang belum cukup sebagai bekalanku...aku sesekali tidak akan jatuh hanya kerana sedikit kekecewaan dan kesedihan kerana semua ini pembakar semangat untukku...kerana setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

penawar semula jadi...

Penawar semula jadi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

ADA orang keberatan mengambil ubat apabila berdepan masalah kesihatan kerana bimbang kesan sampingannya. Meskipun kebanyakan ubat untuk ‘sakit biasa’ seperti pening, sakit kepala, demam, batuk dan sakit tekak adalah selamat, ada juga yang cuba mengelaknya.Dalam keadaan lain, ada yang jenuh makan ubat tetapi masalah kesihatan tidak berkurang. Mungkin ramai tidak sedar, kita sebenarnya dikelilingi pelbagai penawar semula jadi. Malah dalam peti sejuk kita pun ada bermacam penawar yang tidak diketahui, terutama air, buah-buahan dan sayur-sayuran.Air, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah elemen penting yang dapat membersihkan badan dan darah serta menyingkir bahan buangan dengan lebih cepat. Jika air dan buah-buahan meningkatkan kuantiti air kencing, jus sayur pula dikatakan berfungsi memperbaiki badan dengan merangsang penghasilan sel baru bagi menggantikan sel yang musnah akibat penyakit.Jus buah dan sayur menjadi pelengkap satu sama lain. Masa terbaik untuk minum jus buah ialah pada sebelah pagi. Namun jika tidak sempat, ia boleh diminum pada bila-bila masa. Malah, ada pesakit kanser payudara mengamalkan minum banyak jus buah sepanjang tempoh rawatan untuk menyejukkan badan, sekali gus memberi tenaga dan mencegah kulit serta mulut menjadi terlalu kering akibat kesan kemoterapi.

Sayur dan buah adalah makanan paling menyihatkan. Ini sebabnya kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari, terutama sayur berdaun hijau. Ramai pakar perubatan sependapat, lebih berwarna-warni pilihan kita, lebih baik. Malangnya, kebanyakan kita terlebih masak sayur hingga lembik dan tidak menghabiskan kuahnya, sedangkan khasiat sayur-sayuran yang dimasak itu terkandung di dalam kuah.

Walaupun dalam artikel ini jus buah dan sayur lebih disasarkan sebagai penawar masalah kesihatan, ia juga baik jika terus dijadikan amalan. Antara masalah kesihatan yang boleh diatasi menggunakan bahan di rumah ialah:

· Sakit tekak dan batuk — Untuk membantu mengurangkan sakit tekak, elak makanan terlalu berperisa (berempah atau pedas). Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol. Jauhi perokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kerengsaan tekak.Ada pengamal perubatan berpendapat, air antara penawar terbaik. Minum banyak air, sama ada panas atau sejuk. Jika anda juga menghidap asma, elak minum minuman berais. Air memberi kelegaan pantas kepada tekak. Walaupun disaran minum air kosong, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan, terutama disediakan sendiri di rumah yang kaya vitamin C.Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Air membantu membersihkan badan dengan menyingkir bahan tidak diperlukan dengan lebih cepat melalui air kencing atau najis. Malah, ia memberi kelembapan secukupnya kepada tisu yang cepat menjadi kering seperti pada tekak, hidung dan kulit.Ada yang menyarankan kita mengamalkan tabiat ‘makan air’ kerana sayur dan buah mengandungi 80 peratus air. Jika di negara empat musim, penduduknya meningkatkan kelembapan di dalam bilik dengan menggunakan pengewap elektrik, terutama jika mereka sakit tekak pada musim sejuk. Namun kaedah ini tidak praktikal di negara kita yang sememangnya mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun. Bagaimanapun, jika anda sakit tekak pada musim kering, bolehlah letak semangkuk air di tepi katil.

· Keletihan — Makan kismis (yang dikeringkan tanpa bahan pengawet) atau kurma (kurma mungkin sukar diperoleh di luar Ramadan) ke mana saja. Kismis dan kurma membekalkan glukos yang menjadi tenaga segera yang boleh digunakan terus tanpa memerlukan banyak insulin. Ia membuat kita lebih bertenaga.Namun bagi pesakit kencing manis, berbincang dulu dengan doktor supaya pengambilan kismis dan kurma tidak mendatangkan masalah kepada kawalan paras gula dalam darah.

· Demam — Ketika demam, kebanyakan orang kurang selera makan. Kalau makan hanya sedikit, itupun sekadar mengisi perut sebelum mengambil ubat. Tidak salah jika sesekali anda hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari suntuk. Ini termasuk minum jus buah yang disediakan sendiri selain air kosong.Lebih baik jika sayur-sayuran dimakan mentah kerana banyak khasiat, terutama vitamin, akan musnah jika dimasak pada suhu tinggi. Malah, ada yang mengamalkan minum jus oren dan air suam setiap dua jam. Ia membekalkan tenaga, melawaskan pembuangan air kencing (menyingkir bahan toksik) dan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.Untuk minum jus buah ada caranya. Ia tidak harus diteguk terus, sebaliknya dihirup perlahan-lahan (lebih baik menggunakan sudu). Ia bertujuan supaya jus buah bercampur dengan air liur. Enzim pencernaan dalam air liur mencernakan gula dalam jus buah dan apabila sampai ke perut, ia lebih mudah dicerna dan diserap khasiatnya.Apabila jus (buah atau sayur) digunakan untuk tujuan perubatan, sebaik-baiknya ia tidak dicampur dengan gula, pemanis atau perisa lain. Untuk memperbaiki rasa jus, campurkan sedikit perahan limau atau jus buah lain. Ia juga perlu ditapis tetapi jika anda bertambah baik, boleh minum jus buah bersama seratnya untuk melancarkan sistem pencernaan dan perkumuhan dalam usus.Sebaik demam kebah, makan tiga hidangan buah segar sehari sama ada epal, pir, oren, nanas, betik, tembikai, anggur atau lain-lain buah yang banyak air. Pada masa sama, terus minum banyak air suam atau panas.Jika suhu badan terlalu tinggi (39° Celsius), lap kepala dan seluruh badan badan (termasuk kaki dan tangan) dengan tuala basah yang direndam dalam air sejuk (suhu bilik) sekerap mungkin. Kaedah ini berguna untuk menurunkan suhu badan, terutama pada kanak-kanak.

· Sakit kepala — Antara cara mudah mengelak sakit kepala ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun jika anda sakit kepala, elak mengambil makanan berproses (termasuk gula dan makanan daripada tepung), kopi, teh, makanan ringan, daging merah dan kurangkan produk tenusu.Sebaliknya, lebihkan pengambilan sayur-sayuran (terutama sayur berdaun hijau), buah-buahan dan jus buah yang disediakan sendiri. Bahkan, ada yang mencadangkan supaya berpuasa beberapa hari sebulan, khususnya bagi individu yang kerap mengalami masalah migrain dan sakit kepala.Patuhi jadual makan. Walau sesibuk manapun, apabila tiba waktu makan, anda perlu makan sedikit. Ada kalanya sakit kepala disebabkan penurunan paras gula dalam darah. Jadi, amalan makan sedikit tetapi kerap memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal.

· Cirit-birit — Seperkara penting yang perlu diingat jika mengalami cirit-birit ialah, elak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak. Namun pada masa sama, pesakit disaran mendapatkan banyak cecair (air masak, jus buah, sup atau buah-buahan) bagi menggantikan garam galian dan air yang hilang melalui najis. Untuk mengatasinya, minum sedikit teh pekat tetapi jika masalah berlanjutan, segera berjumpa doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.