Friday, August 28, 2009

DIARI HATIKU UNTUKMU...

28 Ogos 2009 / Jumaat – bersamaan 7 Ramadhan 1430H 11:00am

Hmmm…hari nie ana bosan sangat tak tahu nak buat apa…smalam tdo lmbt tue yang hari nie bangun lmbt tue tambahan pula hari ini hujan tak henti-henti lagi seronok tidur…huhuhu..kalau tahu kat mak ngan sayang tentu ana kena marahkan…ana ingat lagi mak ngan sayang suka sangat kata “anak dara tak elok bangun tengahari..tambah pulak rezeki susah nak masuk..”hahaha..tapi sume tue kat sini jer..sebab kat sini ana tak tahu nak buat apa..kalu kat rumah ana dah tahu apa nak buat bila bangun jer tidur.. kalau kat rumah bangun jer tido..ana mesti kemas katil dan bilik ana, pahtu kemas bilik hero2 ana tue yg slalu bersepah mcm tongkang pecah…huhuhu beselah anak lelaki mana nak pandai kemas bilik sendirikan??tambah pulak ngan akak dia nie yang cerewet ngan kebersihan dan kekemasan rumah niekan…orang lain kemas sume x elok di mata diakan…hahaha..lpas kemas tiga2 bilik ..ana basuh pinggan…kemas dapur ngan basuh kain..sambil2 tue boleh sapu sampah dalam rumah…pahtu jemur kain…n then after that..of courselah favourite ana..sapu sampah kat halaman rumah…sayang tahukan ana nie memang cerewetkan…sampai sume mak2 sedara kiter kata kalau ana balik jangan harap boleh ada sehelai daun kat halaman rumahkan…. Hahaha..nak buat macamana ikut perangai2-2 to’ki anakan… lpas tue bru boleh nak mandi..sebab tuelah kat rumah selalu mandi lambat..sebab ana tak boleh mandi selagi ana tak berpuas hati dengan kebersihan dan kekemasan rumah…bla tengahari pulak kena masak..sebab kesian kat mak ayah balik keje letih2 xkan nak buat keje rumah pulakkan…so ana sebagai anak kedua ana kenalah bantu dorang…tambah pulak kaklong dah kahwin dan duk kat johor..ida pulak keje…huhuhu..tue kalu duk kat rumahlah sebab ana dah lali dengan kerja harian ana..tapi kat sini lain…ana tak boleh buat semua tue..kat sini kemas bilik sendiri jer…ana xsuke kemas bilik kecik2 x mencabarpun…bangun tido mesti termenung..sebab tak tahu nak buat apa…sebab tue ana selalu lepak kat bilik siah n jiejah..mesti dorang menyampahkan tengok muka ana selalu…hahaha…habis duk dalam bilik tak tahu nak buat apa..za selalu duk chatting 24 jam…malas nk ganggu dia…ana pulak macam nielah..bila bosan ana suka pose..ambik gambar sendiri..pahtu tengok2 gambar..mukaku yang teruk nie…hah….sebut pasal gambar..kamera ana rosak..sayangnyer!!!nak nangis rasa..tapi yang paling kecewanya kamera ana bukan rosak di tangan ana tapi di tangan orang lain.kamera SONY tue..mahal..ana sanggup ikat perut nak beli kamera tue sebabnya nak buat assignment cik nablah..isu-isu pembandaran..kalu tak ana tak beli jugak…sedihnyer Tuhan saje yang tahu tapi nak buat macamana sume tue salah ana..ana yang terlalu murah hati..last2 kali ana yang kecewa…hah!!!!lupekanlan pasal nie lagipun dia janji nak ganti.. Huh…tapi apa yang ana nak buat sekarang??xkan nak mengarang 24 jam??hmm macamana adikku sorang kat rumah tue yer..oppss bukan sorang tapi lima..tp ana xmau cakaplah pasal hero 4 orang tue..ana nak cakap pasal ida..kesian pulak kat dia..nak raya dia kena kemas rumah sorang2.. buat kuih raya sorang2 n beli baju raya tuk family sorang2..bese ada ana atau kaklong..tak susah sangat tapi ana sampai 18 Sepetember pagi kaklong petang..harap2 sangat raya hari Isninkan..xlah susah2 mak ngan idea nak kemas rumah..dahlah dorang kerja..kesiannyer…tuelah ana gatal2 sangat nak belajar jauh kan dah susah..kalu tak boleh balik tiap2 minggu kemas rumah nie tak ana terpaksa ingatkan idea selalu pasal kemas rumah.. huhuhu macam mam besar pulakkan..beselah orang yang cerewet macam ana nie susah..beselah ana xkan berpuas hati kalu orang lain kemas mesti x sempurnanya..huhuhu..huh??dah pukul satu??sekejapnyer masa berlalu..K r ana nak g membasuh...wahhhh..sejuknyer!!!!

BAGI ANA BUAT KERJA RUMAH NIE MERUPAKAN SATU TERAPI..KENAPA ANA KATA MACAM TUE??SEBABNYER KALU ANA TENSION OR SEDIH KE MESTI ANA BUAT KERJA RUMAH KEMAS2 RUMAH..N THEN LEPAS SIAP JER ANA AKAN HEPI N MCM XDE PROBLEMPUN..SO PENGAJARAN DI SINI RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA TUK BUAT KERJA RUMAH...XSLHKAN???

Thursday, August 27, 2009

MY FAVOURITE...HMMM LAPARNYER!!!

KERABU PUCUK PAKU
.
Bahan - bahan
1 ikat pucuk paku - ambil daun dan batang muda, dicelur & toskan
2 batang serai
10 biji cili padi* serai & cili padi dihiris halus (A)
3 sudu makan santan pekat
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan kerisik
6 biji cili merah
Sedikit belacan bakar* cili merah & belacan ditumbuk (B)
2 biji limau nipis - perah jusnya
Garam & gula pasir secukup rasa


Cara membuat

1. Campurkan bahan A, B, kerisik, udang kering, garam dan gula pasir.
2. Kemudian masukkan pucuk paku. Digaul rata.
3. Tuangkan jus limau dan gaulkan sekali lagi.
4. Sedia dihidangkan...yummy..yummy....

Wednesday, August 26, 2009

ada hikmah disebaliknyer....

salam untuk semua.....

hari demi hari...aku selalu percaya kepada setiap apa yang berlaku dalam hidup aku ada hikmah disebaliknya...apa-apapun yang terjadi walau sepahit dan sesakit mana kita,hanya satu yang dapat membantu kita...hanya ALLAH S.W.T yang sentiasa berada disisi kita takkala kita menghadapi kesulitan takkala kita menghadapi kesakitan, kegembiraan, kemenangan, penderitaan dan sebagainya. Namun tetapi, kita sebagai umatNYA sentiasa melupakanNYA padahal DIAlah yang sentiasa berada disamping kita dulu, kini dan selamanya. Dulu, aku sentiasa merungut kenapa aku ditimpa pelbagai penderitaan, kesedihan...sedangkan aku tidak memahaminya padahal setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya....namun kini aku lebih mengerti semua yang berlaku itu membuat aku lebih kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani saki baki kehidupan ini...kerna ajal maut jodoh pertemuan semua di tanganNya..kehidupan ini amat indah jika kita sendiri pandai mengindahnya...ibarat sehelai kain putih..kita yang melakarkan lukisan,kita yang mewarnakannya mengikut rentak dan kesukaan kita...padahal kadangkala lukisan yang kita lukis itu menyebabkan orang lain menderita dan kita akhirnya menghadapi kemusnahan..kerana hanya kita yang dapat mencorakkan diri kita samada menjadi insan yang berhati mulia atau sebaliknya..setiap titik-titik warna itulah yang akan menentukan kehidupan kita...kadangkala aku berfikir setiap apa yang berlaku ini ada maksud yang tersirat dan tersurat..kalau aku tidak masuk ke sini (USM), aku tidak akan dapat berdiri di sini...tidak dapat mengerti dan memahami lagi apa itu liku-liku kehidupan....di sini aku belajar memahami diri aku sendiri, mengerti apa itu sebenarnya persahabatan, kawan dan teman, dugaan-dugaan dalam pembelajaran, menghargai masa dan yang paling penting kerinduan dan kasih sayangku kepada keluargaku tercinta yang telah tujuh tahun lebih masaku kurang bersama mereka...namun aku tetap kuat demi kasih sayangku padaMU YA RABBI dan padamu keluarga tercinta...setiap apa yang aku lalui di sini aku pasti setiap kegembiraan dan kekecewaan itu ada himah disebaliknya dan aku pasti aku dapat melaluinya dengan hati yang cekal dan semangat yang jitu..Dengan doronganmu mak ayah.. aku tetap kuat dan teguh berdiri di sini demi meneguk ilmu-ilmu kehidupan dan akhirat yang belum cukup sebagai bekalanku...aku sesekali tidak akan jatuh hanya kerana sedikit kekecewaan dan kesedihan kerana semua ini pembakar semangat untukku...kerana setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

penawar semula jadi...

Penawar semula jadi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

ADA orang keberatan mengambil ubat apabila berdepan masalah kesihatan kerana bimbang kesan sampingannya. Meskipun kebanyakan ubat untuk ‘sakit biasa’ seperti pening, sakit kepala, demam, batuk dan sakit tekak adalah selamat, ada juga yang cuba mengelaknya.Dalam keadaan lain, ada yang jenuh makan ubat tetapi masalah kesihatan tidak berkurang. Mungkin ramai tidak sedar, kita sebenarnya dikelilingi pelbagai penawar semula jadi. Malah dalam peti sejuk kita pun ada bermacam penawar yang tidak diketahui, terutama air, buah-buahan dan sayur-sayuran.Air, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah elemen penting yang dapat membersihkan badan dan darah serta menyingkir bahan buangan dengan lebih cepat. Jika air dan buah-buahan meningkatkan kuantiti air kencing, jus sayur pula dikatakan berfungsi memperbaiki badan dengan merangsang penghasilan sel baru bagi menggantikan sel yang musnah akibat penyakit.Jus buah dan sayur menjadi pelengkap satu sama lain. Masa terbaik untuk minum jus buah ialah pada sebelah pagi. Namun jika tidak sempat, ia boleh diminum pada bila-bila masa. Malah, ada pesakit kanser payudara mengamalkan minum banyak jus buah sepanjang tempoh rawatan untuk menyejukkan badan, sekali gus memberi tenaga dan mencegah kulit serta mulut menjadi terlalu kering akibat kesan kemoterapi.

Sayur dan buah adalah makanan paling menyihatkan. Ini sebabnya kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari, terutama sayur berdaun hijau. Ramai pakar perubatan sependapat, lebih berwarna-warni pilihan kita, lebih baik. Malangnya, kebanyakan kita terlebih masak sayur hingga lembik dan tidak menghabiskan kuahnya, sedangkan khasiat sayur-sayuran yang dimasak itu terkandung di dalam kuah.

Walaupun dalam artikel ini jus buah dan sayur lebih disasarkan sebagai penawar masalah kesihatan, ia juga baik jika terus dijadikan amalan. Antara masalah kesihatan yang boleh diatasi menggunakan bahan di rumah ialah:

· Sakit tekak dan batuk — Untuk membantu mengurangkan sakit tekak, elak makanan terlalu berperisa (berempah atau pedas). Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol. Jauhi perokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kerengsaan tekak.Ada pengamal perubatan berpendapat, air antara penawar terbaik. Minum banyak air, sama ada panas atau sejuk. Jika anda juga menghidap asma, elak minum minuman berais. Air memberi kelegaan pantas kepada tekak. Walaupun disaran minum air kosong, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan, terutama disediakan sendiri di rumah yang kaya vitamin C.Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Air membantu membersihkan badan dengan menyingkir bahan tidak diperlukan dengan lebih cepat melalui air kencing atau najis. Malah, ia memberi kelembapan secukupnya kepada tisu yang cepat menjadi kering seperti pada tekak, hidung dan kulit.Ada yang menyarankan kita mengamalkan tabiat ‘makan air’ kerana sayur dan buah mengandungi 80 peratus air. Jika di negara empat musim, penduduknya meningkatkan kelembapan di dalam bilik dengan menggunakan pengewap elektrik, terutama jika mereka sakit tekak pada musim sejuk. Namun kaedah ini tidak praktikal di negara kita yang sememangnya mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun. Bagaimanapun, jika anda sakit tekak pada musim kering, bolehlah letak semangkuk air di tepi katil.

· Keletihan — Makan kismis (yang dikeringkan tanpa bahan pengawet) atau kurma (kurma mungkin sukar diperoleh di luar Ramadan) ke mana saja. Kismis dan kurma membekalkan glukos yang menjadi tenaga segera yang boleh digunakan terus tanpa memerlukan banyak insulin. Ia membuat kita lebih bertenaga.Namun bagi pesakit kencing manis, berbincang dulu dengan doktor supaya pengambilan kismis dan kurma tidak mendatangkan masalah kepada kawalan paras gula dalam darah.

· Demam — Ketika demam, kebanyakan orang kurang selera makan. Kalau makan hanya sedikit, itupun sekadar mengisi perut sebelum mengambil ubat. Tidak salah jika sesekali anda hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari suntuk. Ini termasuk minum jus buah yang disediakan sendiri selain air kosong.Lebih baik jika sayur-sayuran dimakan mentah kerana banyak khasiat, terutama vitamin, akan musnah jika dimasak pada suhu tinggi. Malah, ada yang mengamalkan minum jus oren dan air suam setiap dua jam. Ia membekalkan tenaga, melawaskan pembuangan air kencing (menyingkir bahan toksik) dan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.Untuk minum jus buah ada caranya. Ia tidak harus diteguk terus, sebaliknya dihirup perlahan-lahan (lebih baik menggunakan sudu). Ia bertujuan supaya jus buah bercampur dengan air liur. Enzim pencernaan dalam air liur mencernakan gula dalam jus buah dan apabila sampai ke perut, ia lebih mudah dicerna dan diserap khasiatnya.Apabila jus (buah atau sayur) digunakan untuk tujuan perubatan, sebaik-baiknya ia tidak dicampur dengan gula, pemanis atau perisa lain. Untuk memperbaiki rasa jus, campurkan sedikit perahan limau atau jus buah lain. Ia juga perlu ditapis tetapi jika anda bertambah baik, boleh minum jus buah bersama seratnya untuk melancarkan sistem pencernaan dan perkumuhan dalam usus.Sebaik demam kebah, makan tiga hidangan buah segar sehari sama ada epal, pir, oren, nanas, betik, tembikai, anggur atau lain-lain buah yang banyak air. Pada masa sama, terus minum banyak air suam atau panas.Jika suhu badan terlalu tinggi (39° Celsius), lap kepala dan seluruh badan badan (termasuk kaki dan tangan) dengan tuala basah yang direndam dalam air sejuk (suhu bilik) sekerap mungkin. Kaedah ini berguna untuk menurunkan suhu badan, terutama pada kanak-kanak.

· Sakit kepala — Antara cara mudah mengelak sakit kepala ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun jika anda sakit kepala, elak mengambil makanan berproses (termasuk gula dan makanan daripada tepung), kopi, teh, makanan ringan, daging merah dan kurangkan produk tenusu.Sebaliknya, lebihkan pengambilan sayur-sayuran (terutama sayur berdaun hijau), buah-buahan dan jus buah yang disediakan sendiri. Bahkan, ada yang mencadangkan supaya berpuasa beberapa hari sebulan, khususnya bagi individu yang kerap mengalami masalah migrain dan sakit kepala.Patuhi jadual makan. Walau sesibuk manapun, apabila tiba waktu makan, anda perlu makan sedikit. Ada kalanya sakit kepala disebabkan penurunan paras gula dalam darah. Jadi, amalan makan sedikit tetapi kerap memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal.

· Cirit-birit — Seperkara penting yang perlu diingat jika mengalami cirit-birit ialah, elak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak. Namun pada masa sama, pesakit disaran mendapatkan banyak cecair (air masak, jus buah, sup atau buah-buahan) bagi menggantikan garam galian dan air yang hilang melalui najis. Untuk mengatasinya, minum sedikit teh pekat tetapi jika masalah berlanjutan, segera berjumpa doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.







tika itu..saat itu..dan masa itu...pertanian dalam pembangunan???


Mohd Nasir Saukani,(2004) ‘Bab 11: Sektor Pertanian dan Pembangunan,Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi, edisi terbaru,UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal.230 – 256.
Apa yang dapat saya ulaskan melalui bahan bacaan ini adalah berkaitan dengan sektor pertanian dan pembangunan,betapa pentingnya sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dan peranan yang perlu dimainkan oleh sektor ini pada tahun-tahun yang akan datang. Sektor pertanian di Malaysia dijadikan sebagai asas perbincangan dalam melihat ukuran keperluan sektor ini untuk terus dipertahankan. Dalam menuju alaf baru, dunia sedang mengalami peningkatan penduduk dan kecanggihan dalam pelbagai aspek pembangunan ekonomi. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjangka pertumbuhan penduduk akan terus meningkat kepada 9.1 bilion pada 2050 dan 11 bilion pada 2200. Wajarkah sektor ini dipinggirkan atau dipertingkatkan peranannya? Seperti yang kita tahu, fenomena kebuluran, kemarau dan kekurangan zat makanan yang dihadapi terutama di negara-negara Dunia Ketiga perlu diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.Secara tradisi,sektor pertanian dianggap sebagai sektor yang pasif dan menyokong perkembangan sektor-sektor lain terutamanya sektor industri. Namun begitu, pertanian kini memerlukan dimensi baru kerana cara pertanian traditional sudah tidak sesuai lagi seiring dengan kemajuan yang telah kita hadapi.Sektor ini memerlukan strategi yang lebih moden dan komersial yang boleh meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

Menurut penulis,peranan pertanian dalam pembangunan sering diperkatakan.Namun begitu,sejauh mana pentingnya sumbangan pertanian kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhannya masih dipertikaikan.Menurut Mohd Syukri 1989,negara-negara maju sering dikaitkan dengan perindustrian, manakala negara-negara Dunia Ketiga pula dikaitkan dengan pertanian.Sebenarnya terdapat salingkaitan antara kedua-dua sektor ini. Pertanian telah memberi sumbangan yang besar terutama dalam menyemarakkan pertumbuhan ekonomi.Kajian menunjukkan hubungan diantara kedua-dua sektor ini meningkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor-sektor lain,tetapi pada masa yang sama sektor pertanian memerlukan sumber-sumber tertentu dari sektor-sektor lain untuk meningkatkan pertumbuhannya.Antara sumbangan sektor pertanian kepada sektor-sektor lain adalah seperti meningkatkan keluaran pertanian dan produk pertanian yang lain untuk kegunaan domestik dan untuk dieksport,membekalkan penawaran buruh tambahan kepada sektor-sektor bukan pertanian,menghasilkan aliran modal bersih untuk pelaburan di sektor lain dan meningkatkan permintaan pengguna di sektor pertanian untuk barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sektor-sektor lain.

Terdapat empat sumbangan penting sektor pertanian terhadap pertumbuhan ekonomi negara iaitu pertanian sebagai sumber makanan kepada manusia iaitu pertanian membekalkan makanan berkualiti kepada penduduk di sektor bukan pertanian,penjana kepada pembangunan sektor pembuatan yang berasaskan kayu,kelapa sawit dan getah.Yang ketiga memberi sumbangan modal dan buruh.Ini dicapai melalui dasar pertukaran tidak seimbang serta dasar fiskal iaitu modal disalurkan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian.Yang seterusnya sumbangan tukaran asing.Ini dilakukan sama ada dengan menambahkan eksport barang utama ke pasaran antarabangsa atau dengan mengeluarkan barang gantian import.Saling kaitan antara kedua sektor ini telah dinyatakan oleh beberapa ahli ekonomi.Antara hujah yang diperkatakan oleh ahli ekonomi ini ialah kekurangan bahan makanan boleh membantutkan pertumbuhan sektor bukan pertanian.

Revolusi hijau telah diperkenalkan dan menyebabkan petani-petani miskin berjaya meningkatkan output mereka selepas pengenalan benih-benih baru menerusi penyelidikan dan pembangunan.Selepas 1960 an,kadar pertumbuhan sektor pertanian di negara-negara kurang membangun mula menunjukkan peningkatan.Ini adalah kesan daripada tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan seperti penggunaan benih hasil tinggi,sistem pengairan tanah pertanian yang semakin meningkat dan baja tiruan.Perubahan yang berlaku dalam sektor pertanian pada masa kini mempunyai banyak kelainan berbanding perubahan yang berlaku keatas sektor ini pada masa lalu.Peningkatan penduduk dan pendapatan akan meyebabkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian khususnya makanan terutama di kawasan Asia Timur.Namun begitu terdapat kekangan yang masih mewarnai usaha memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat ini. Kegunaan tanah untuk pembandaran,perumahan dan rekreasi yang semakin meningkat sejajar dengan peningkatan penduduk menjejaskan tanah untuk kegiatan pertanian.Sektor pertanian dalam era ke-21 bukan sekadar mengeluarkan bahan makanan tetapi juga bahan-bahan untuk kegunaan industri,kimia,perubatan dan farmaseutikal.Perindustrian pertanian akan dapat menstabilkan pendapatan petani dan mewujudkan peluang pekerjaan di sektor pertanian yang tidak banyak berbeza daripada yang terdapat di bandar.Pertanian era kini turut mempunyai nilai komersial dari segi pelancongan.Kewujudan banyak kawasan pelancongan yang dikenali sebagai “Agro-Tourism” membayangkan kemampuan sektor ini untuk terus memberikan pulangan menarik kepada ekonomi negara.

Kerancakan pembangunan ekonomi Malaysia yang kini berasaskan sektor pembuatan dan perindustrian,seolah-olah telah mengetepikan peranan dan sumbangan sektor pertanian.Namun demikian hakikat bahawa makanan diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan bahan mentah diperlukan untuk terus menggerakkan sektor industri jelas menunjukkan bahawa walau sejauh mana pesatnya pembangunan ekonomi berorientasi perindustrian,peranan pertanian tidak boleh diabai sama sekali.Malaysia masih bergantung pada sebahagian utama import bahan makanan walaupun barang yang sama dikeluarkan di negara ini.Tetapi disebabkan pengeluarannya yang tidak mampu menampung permintaan kerana faktor tanah pertanian yang semakin kurang(dari segi kesesuaian),kekurangan tenaga kerja,tahap harga sesetengah komoditi yang rendah,tahap pelaburan swasta yang masih kecil dan penggunaan teknologi yang terhad,Malaysia terpaksa terus bergantung pada bahan makanan yang diimport.

Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia yang ke-tujuh(RMK-7),pada 1995,negara mengimport sejumlah RM4.48 bilion makanan dan mengeksport RM6.68 bilion yang bererti import bersih makanan ialah RM2.2 bilion.Import bersih makanan ini semakin meningkat berbanding import bersih bernilai RM0.56 juta pada 1990.Menurut penulis,kemerosotan sumbangan sektor pertanian terutama pada tahun-tahun 1970 an dan awal 1980 an telah membawa kepada pembentukan Dasar Pertanian Negara (DPN) pada 1984.DPN dilancarkan pada 12 Januari 1984 iaitu pada masa sektor pertanian masih dianggap penyumbang utama ekonomi,oleh itu kepentingan sektor ini perlu diperkukuhkan.DPN melaksana dan memperkukuh hampir semua strategi pertanian yang ada sebelumnya.Objektif DPN adalah untuk memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian menerusi penggunaan yang lebih cekap sumber-sumber dan meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi secara keseluruhannya.Ini dilakukan menerusi penyusunan semula(seperti penyusunan semula pekebun kecil dan pembukaan tanah baru),penyerapan teknologi,sekuriti makanan,pembekalan subsidi,intensif harga dan pengembangan industri asas tani.Apa yang nyata,produktiviti sektor pertanian mesti dipertingkatkan dan teknologi pertanian yang lebih baru dan terkini perlu dikenal pasti dan dicuba dalam usaha mengubah pertanian traditional kepada yang lebih moden dan dinamik.Apabila sesebuah negara bergerak maju kehadapan,teknologi yang baru dan lebih baik adalah perlu secara berterusan diserap oleh sektor pertanian,kerana tanpanya masalah makanan tidak akan dapat diselesaikan.

Pada pandangan saya,saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis bahawa peningkatan dalam pengeluaran pertanian amat diperlukan untuk menyokong pertumbuhan sektor-sektor lain,tetapi saya ingin menambah pendapat bahawa pada masa yang sama sektor pertanian memerlukan sumber-sumber tertentu dari sektor-sektor lain untuk meningkatkan pertumbuhannya.Tambahan pula sektor ini seakan-akan dipinggirkan berbanding dengan sektor lain ekoran pembangunan ekonomi yang sedang dialami.Sektor ini juga kekurangan tenaga mahir untuk membangunkannya ekoran daripada golongan belia kini tidak berminat untuk menceburi bidang ini kerana menganggap bahawa sektor ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan mereka.Sedangkan semua ini boleh diatasi sekiranya ada rasa tanggungjawab bagi setiap individu dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu.Tambahan pula,sektor ini adalah terlalu penting bagi kita kerana sektor ini merupakan sumber utama pengeluar makanan kita.Misalnya,berasaskan trend pengeluaran dan penggunaan makanan,pada tahun 1994,Malaysia terpaksa mengimport sebanyak RM6.7 bilion barangan makanan,dibandingkan pada tahun 1990 di mana Malaysia hanya mengimport sebanyak RM1.2 bilion barangan makanan.Pertambahan yang mendadak sebanyak 570 peratus dalam jangka masa 4 tahun, dan menggambarkan betapa perlunya sektor ini diperkukuhkan.Langkah-langkah tertentu perlu diambil supaya kita tidak terus bergantung kepada sumber makanan daripada luar negara yang berkemungkinan mempunyai implikasi kepada keselamatan negara dan taraf kesihatan rakyat.(Tengku Mahmud Mansur,1998:25)

Selain itu,penekanan yang diberi oleh kerajaan khususnya ke atas pembangunan sektor-sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan adalah bertujuan membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih pesat dalam tempoh masa yang singkat.Ini bukan bermakna sektor pertanian tidak kurang penting,malah ia adalah cabaran kepada sektor untuk terus bersama-sama menyumbang ke arah pencapaian wawasan negara.Sejajar dengan ini,Dasar Pertanian Negara (DPN) telah menggariskan beberapa teras yang bertujuan,di antara lain untuk menjamin pembangunan seimbang antara sektor pertanian dengan sektor ekonomi yang lain,mempertingkatkan produktiviti pertanian,memperluaskan pengeluaran hasil pertanian dan memastikan pembangunan yang berdaya tahan berlandaskan pasaran dan penyertaan sektor swasta.Selain itu juga, saya tertarik dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Insentif untuk Projek Pengeluaran Makanan.Kerajaan telah menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan intensif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, intensif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.Kesannya,usaha ini dapat menggalakkan syarikat-syarikat bagi menjana pertumbuhan ekonomi bagi sektor pertanian disamping dapat meningkatkan pengeluaran makanan.(Kertas pembentangan,2004)

Tambahan pula,seperti yang kita tahu,pada masa-masa yang akan datang,sektor pertanian memerlukan tenaga buruh yang terlatih dalam bidang pertanian dan juga bidang-bidang lain seperti pengurusan,perniagaan dan pemasaran.Sistem pendidikan yang ada sekarang perlu digubal untuk mengeluarkan tenaga profesional.Hal ini kerana,negara tidak boleh lagi bergantung kepada golongan petani,penternak dan nelayan yang ada kerana peningkatan umur mereka.Misalnya, Pusat Latihan Pertanian Negara telah dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain itu,sistem maklumat yang canggih ,tersusun dan rapi harus juga disediakan bagi membantu masyarakat petani masa depan melengkapkan diri mereka dengan maklumat yang tepat dan cepat untuk membuat keputusan dengan cepat dan baik.

Pendapat saya yang seterusnya dan yang terakhir adalah berkenaan dengan penekanan terhadap konsep pertanian lestari iaitu pertanian yang berkekalan.Seperti yang kita tahu, pertanian lestari adalah satu sistem pertanian yang mampu untuk terus memenuhi permintaan bahan pertanian tanpa batasan masa disamping terus dapat mengekal atau memperbaiki mutu alam sekitar.Antara unsur penting dalam pembangunan pertanian lestari ialah mempertahankan dan mempertingkatkan tahap produktiviti, penjagaan dan pengurusan sumber alam dengan berkesan dan berterusan memastikan kerosakan sumber di tahap yang minimum,mewujudkan pulangan ekonomi yang memuaskan serta pengeluaran secara optimum bahan makanan untuk memenuhi keperluan makanan (Chamhuri Siwar,1998:451)

Kesimpulannya,pembangunan adalah salah satu proses yang dinamik dan berterusan.Sejajar dengan itu,sektor pertanian perlu berubah mengikut masa dan perlu dipertahankan peranannya dalam proses pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Monday, August 10, 2009

3 hari 2 malam bersama......

wif emak angkat (Puan Faridah Ali), ayah (Che Ahmad Abu Bakar) n adik angkt dr USM (Siti Zaharah)

Program Rakan Muda BEST tapi last2 MENGECEWAKAN.....

Salam buat semua......
hmmm pagi2 nie rsa mood tuk mengarang tue lbih seronok plak...pada 7 hingga 9 OGOS 2009, aku ngan kawan-kawan tlah menyertai Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen Daerah Seberang Perai Utara....Program nie sangat2 bagus dan memberi kesan yang mendalam dalam diri aku...Di mana aku telah diletakkan di rumah emak dan ayah angkat bersama seorang student USM...Puan Faridah Ali dan EN.Che Ahmad bin Abu Bakar melayan kami seperti anak sendiri malahan kami dimanja2kan seperti anak sendiri...aku rasa terharu dan aku tidak menyangka sama sekali penyertaan ini sangat berharga...selama 3 hari 2 malam di sana kami semua dilayan dengan baik sekali oleh kedua ibu bapa angkt, adik beradik malahan penduduk kampung yang lain..sangat seronok dan merupakan pengalaman yang sangat berharga yang mungkin sukar untuk aku luperkan....kami dijamu dgn hidangan dan makanan yang woooowwww so delicious....dpt mkn buah..dan yang pling pnting first time aku dpt mkn MEE UDANG!!!!!yummy!yummy!yummmy!!mee udang yang lazat, sate yang enak bangat!!!!dgn yong tow fuu yang pedas..sgt menyelerakan....jasa baik family angkat xdpt aku lupekan...
klu blh nk blik sana lg....3 hari 2 mlm mmg xckp tuk aku lbih rapat dgn dorang....tmbhn dgn xtvt yang banyak...so masa tuk bsama kuarge angkt tue kurang ckit.....so hepilah duk kt sana...time blik lg rs tharu sgt...napelah diaorang tlalu baek...mcm2 dorang bekalkan tuk kami....buah rmbutan,buah cempedak alamak bnyknyer!!!!jgung rebus n then satu set dinner plate kfc....wow byknyer!!!!!xsgka dorang begitu baek.....xtau mcmana nk bls jsa dorang...wpun kami tgal hnya smntra tp lynan dorang bt kami merindui real family...sdhnyer!!!!tp keseronokan dan kebestan tue smntra jer bla kami dilayan seperti org xtau malu jer....sebelum dan semasa program kami dilayan degn baek tp..selepas jer program xsmpai 1 jampun kami dilayan dgn truk sekali...
mmg xptut..kerana nak rush dgn kerja lain kami ditinggalkan ditepi jalan seperti orang jalanan dengan barang yang begitu banyak dan berat....di sini kami amat terkilan dengan sikap seorang sekretariat rakan muda yang x bertimbang rasa langsung...first sekali program dapat berjalan dengan lancar saya sokong sekretariat rakan muda kerana dapat menjalankan kerja dengan baek...tp sblm bt keputusan pk dululah kesan dia...mcmana nk jd pemimpin klu bla ade stu2 mslah kiter x selesaikan tp kiter cri jln mdah dgn mbiarkan mslh tue bgitu saje...di sini saya bkn nk mengata tp andaikata saudari dapat membaca luahan hati nie mga2 dpt jdkan sbg stu cabaran tuk lbih b'ht2 dgn kptsn yg dibuat....bla ade sesuatu mslh, kter kna selesaikan bknnyer biar mslah tue dgn mninggalkan ditepi jln bgitu sajer...dgn begitu bny brg dn berat kami tpksa berjalan kaki...jika brg tidak berat kami tidak kisah jika terpaksa berjalan ke rst sekalipun tp faham2lah dgn buah cempedak dn rmbuta yg bnyk...kerana sedikit kecuaian program nie telah memberi kesan negatif dlm dri kami...jgn pentingkan diri snediri sahaja..kebajikan peserta juga perlu diberi keutamaan...jgn sombong dgn diri kita..akhirnyer kita sndiri yg merana...jdkan kecuaian ini buat pertama kali dan yang terakhir....cuba atasi masalah dan bukannyer membiarkan masalah tue bgitu saje...akhir kata maaf jika ade yang tersinggung...saya hanya hamba Allah S.WT yang hanya iangin meluahkan perasaan dan menyampaikan sedikit pandangan..semoga program2 lain ataupun insan lain tidak mengulangi perkara yang sama...
kita insan kerdil sentiasa melakukan kesalahan tapi biarlah kesalahan itu tidak diulangi oleh generasi akan datang....sekali lagi ampun maaf saya pinta kerana yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnyer drpd diri saya sendri...
sekian wassalam...