Sunday, August 2, 2009

Watak wanita ikut hari lahir


TAJUL Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun, cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100 peratus.Antara perkara yang diperkatakan dalam kitab berkenaan ialah mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti turut dikaitkan dengan hari mereka dilahirkan.Bagi sesetengah orang, banyak aspek diambil kira apabila mencari pasangan atau menjalin hubungan jangka panjang. Bukan hanya melihat daripada paras rupa, kesamaan minat, keserasian, tarikh lahir, bulan atau tahun kelahiran seseorang bahkan sifat yang dapat dizahirkan sama ada luaran atau dalaman juga diutamakan.


Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya. Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.Apapun, berikut diperturunkan tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.
ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.
p/s: Bagi aku, yang penting kita kenal diri kita sendiri, jangan terlalu fokus pada bahan bacaan yang kita baca kerana kemungkinan semua ini adalah hasil daripada penyelidikan semata-mata dan boleh membuat kita taksub..so, aku pun sekadar membaca bagi mengisi masa yang terluang dan memperolehinya melalui akhbar....

Saturday, August 1, 2009

mengapa anda bercinta??????????


mengapa anda bercinta?????????????????

1. Mengapa Anda Bercinta?
Kerana ALLah? Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN? Kerana duitnya? Harta yang bertimbun? Kerana empunya diri itu sendiri? Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti. mengenai cinta....Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).
2. Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
3. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
4. Apa matlamat Anda bercinta?
Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain? Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja? Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan? Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan? Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
5. Apa Modal Untuk Bercinta?
Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
6. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
Seminggu?Sebulan?Tiga, empat tahun?Sehingga habis belajar?
Cinta hingga ke akhirat?Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
7. Kos Cinta
Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet, Masa yang anda korbankan untuk sidia. Hati dan perasaan. Sikap Matang Dalam Mencari CintaWahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?) . Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

kritikan vs pembakar semangat....

betul ke????sblum nie aku ade post cter psl aku kna kritik truk2...huhuhu..rs nk ngis ms tue.. cma airmataku jer xnk kuar ms tue..dahlah mka aku nie aku rs mcm dah t'bkar sgt2 dah... gram sgt2 ms tue...ha yg aku nk cter kt cnie bkn psl aku kna kritik hr tue tp apa yg aku dpt drpd kritikan tersebut...nsb baiklah aku ambik kritikan tue sbagai sesuatu yg mbina dan bknnyer tuk mnjthkan aku....sbnrnyer dlm hdup kita nie kritikan mrupakan sesuatu yg mbntu diri kita untuk menjadi insan yang lebih berguna..jgnlah bila kita trima sesuatu kritikan 2 kita mengamuk xtntu psl...mngis smpai bnjir stu malaysia plak...tp kita ambik kritikan tue sbagai apa yang positif. skrg2nye kita dpt memotivatekan diri sendiri untuk lawan balik...tp jgnlah lawan gaduh2 plak.. kita lawan scra positiflah...iaitu kita cuba dptkan sebaik yang mungkin agar kita x kna kritik lagi..macam kes aku psl paper sbw301...aku mmglah tension bla kna hntamkan..tp aku dah nekad aku akan gapai kejayaan dalam exam aku....so ape lg ms smgt sdg mbara aku study...study n study...aku cuba nak capai apa yang aku nak...aku xnk trus org pndg aku yang aku xblh bt dgn baik..so kta kna prove kt dorang yang kta jgk blh bjya klu kter usaha...so brkt dgn usaha aku dn keikhlasan aku dn dgn niat yang btul aku dpt result yg baik...biarlah skdr A- tp aku b'bgga dgn diri aku krn aku xmdh mngaku kalah...wlpun aku tlah jth tp aku blh bgun blik...xsmstinya apabila kta mnerima kritikan kita dah xblh bgun2 lg..yng pntng ht kita..ht kita knalan berada dilndasan yang btul...gagal sekali xbmkna kta akan gagal selama2nya...

Thursday, March 26, 2009

kritikan plg truk dlm hdupku....

smlm (26 mac 2009) merupakan hr aku dgn group aku kna bt presentation... perncng dn pgurusan projek...amat mengecewakan..im so disappointed....when the other people dont appreciate with what i do...mcm org bdh jer rs...xdpt aku nk bygkan prasaan aku pd ms tue... ap yg aku rs hnya mcm letusan gunung brapi nk blaku...ms mntk approve nk bt projek tue dia hepi n teruja ngan tjuk projek aku tue tp bla aku present... dia bt kmi mcm org bdh kt dpn tue....
aku rs tcbr bla dia kta mcm tue....sdih tau..huhuhu...aku thu mgkin kslpan kmi projek nie xbrp trncng tp kmi bknnyer real pngurus projek...kmi just student yg msh mnuntut ilmu dlm paper prncngn dn pgrsn projek...jgnlah kt projek kmi xmnsabah...tlalu pdih tau nk trima semua nie,.... bkn snang nk mrncg sesuatu yg xpsti blaku...nmun nie sume bknnya stu alsn menyebabkan aku akan jth dr bdiri nmun aku akn trus bdri...bdri...chaiyoookkk...chaiyoookkk...aku pntg dicabar... akn kubuktikan dlm examku 6ti...hehe...jgn pndgku sblh mta....projek...projek ....

Sunday, March 22, 2009

hmmmm.....aku ade sorang kwn..aku xthu ape yg jd pdnya shggakan dia bagai obses terhdp cinta...kdg2 plik jgk aku mlhtnya...sdgkan akupun bcnta jgak tp tidaklah tlalu obses...hehe... kdg2 aku tgk dia ktawa apbla b'brak dgn bfnya kdg2 aku tgk dia mngis...cinta tue ade kuasa ke?
shiggakan blh bt seseorg jd mcm tue skali??PLIKKAN!!!knape percintaan tue kdg2 jd sgt rumit? amat sukar untuk aku tfsirkan dan aku mengerti....kdg2 cinta tue dpt mbhgiakan dan kdg2 amat mnyktkan.....CINTA?? cinta nie mmg xprnh lari dr kisah suka dn duka ke? krn cinta seseorg blh ktwa dn krna cinta juga seseorg tue akan mngis....so??cinta=ketawa + airmata/ cinta=kasih sayang + penderitaan....betul ke???betul ke smpai mcm tue skali.....cinta...cinta...cinta xde mende lain ke??

cintailah dia.....

cintailah seseorg itu ats dsr siapa dirinya skrg dn bkn siapa dia sbnrnya, mlah kisah lampau yg blaku tidak prlu diungkitkan lg sekiranya ht benar2 menyintainya....sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai oleh org yg kita cintai sukar diperoleh...tetapi jika diperolehi hargailah ia..jgnlah lpaskannya...kerna ia xkan sama sprti dulu...cinta prtma tidak sama dgn cinta yg strsnya...

Friday, February 27, 2009

CiNtA??


Apa itu cinta?aku kdg2 x mngerti apa itu cinta..kata org cinta itu bhgia..btl ke bhgia? kata org cinta itu nafsu. knape cnta tue blh jd nafsu?tp bg aku cinta itu ibarat kain putih.kita yg mncrakkannya dan kita yg mlkrkannya..kalu pena yg kita gnakan tue pena yg berkualiti tentu lkrn kita tue berkualitikan??hmm...ntahlah...akupun xthu apa itu cnta.aku mla jth cntapun ms umur aku 15 thun..tp mgkin tue cma cnta monyet jerkan..aku meminati classmate aku scra diam...tp apa yg aku idamkan btkr m'jd mimpi ngeri dlm hdup aku..slhkah aku mencintai seorg lelaki???aku diherdik aku dihina hanya kerana aku mencintai seorg lelaki !!!aku mula membenci lelaki..dlm hidup aku lgsg tiada ruang untuk mn2 lelaki b'takhta dlm hdup aku..tp lma kelamaan aku t'fkr hbs ayah aku,adik2 aku tue bkn ke kaum ADAM??hmm btul jgk.jgn krn seorg lelaki aku bnci pd sume lelaki2 kt dunia nie...shggalah aku menginjak umur 20an.aku mula dilamar cinta...tp cinta aku plik...aku menerima cinta kerana terhutang budi!!!logik ke??Dia insan yg special....baik..rajin....wpun dia bkn org kenamaan ataupun lelaki idaman kebanyakan materialistic woman, namun dia m'punyai sebuah hati yg suci.kini aku mengerti apa itu bhgia..aku mula mncintainya..btl kta org cnta tue mmg blh dipupuk.. wpun aku bhgia hidup dgn ahli keluargaku tp khdrnnya dlm hdpku mnmbh sinar bhgia spnjg hdpku..kini aku bhgia bsmanya...mga bhgia yg aku kcpi kini akan b'kekalan hingga ke akhir hayatku..so cintailah seseorg kerana ht budinya,krn jiwa sucinya bkn krn hrtanya..krn sume tue tidak m'bwa apa2 mkna dlm hdup kta...